Kejutan ini bukan sahaja dirasai oleh staf akademik malahan juga dirasai oleh guru-guru pelatih khususnya bagi mereka mengambil kursus PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) semester 6.
Di sana sini, (dalam ruang lingkup atmosfera IPGM KTI) telah kedengaran istilah-istilah seperti MQA, Fail Subjek, Kerja Kursus, Hantar Semula Tugasan, Temuduga dari MQA, borang itu, borang ini dan macam-macam lagi yang anda sendiri dengari.
Namun begitu, tahukah anda apa sebenarnya MQA ini dan apa rasional kehadirannya di semua IPG di Malaysia?
Untuk mengetahuinya anda bolehlah melayari laman web MQA
Apa yang ingin saya fokuskan di sini adalah perkaitannya antara IPGM dan MQA.
- MQA bertujuan untuk memberikan standard pengiktirafan kepada kursus yang ditawarkan oleh semua institusi pengajian tinggi.
- Penilaian diadakan secara berterusan (on-going process).
- PISMP merupakan antara program terbaru yg diwujudkan oleh IPGM dan perlu mendapat standard pengiktirafan daripada MQA.
- Bagaimana jika kursus PISMP kita ini tidak diiktiraf standard kelayakkannya? Jika perkara itu terjadi, maka pelajar PISMP tidak boleh mengikuti pengajian sama ada pada peringkat sarjana atau doktor falsafah di universiti dalam mahupun luar negara.
- Pada 6 Oktober ini IPGM KTI akan didatangi oleh wakil dari MQA dan mereka akan bertanyakan soalan secara rawak kepada guru pelatih.
- Antara soalan yang gemar ditanya adalah apa bezanya @ lebihnya program anda ini (PISMP) berbanding dengan program pendidikan di universiti?
- Fikir-fikirkanlah apa jawapannya dan cuba berikan jawapan yang positif dan membina mengenai PISMP.
Setakat ini sahaja perkongsian saya...
Maklumat akan diperbaharui dari semasa ke semasa.
* Sumber maklumat daripada timbalan pengarah akademik IPGM KTI
2 ulasan:
Aku suka entry kali ni. Terima kasih atas makluman. Hehe.
hehe..sama2 YDP..
terima kasih kembali
Catat Ulasan