Berbekalkan logo dan tema kemerdekaan yang baru iaitu..
" 1 Malaysia "
Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan.
kita terus hidup aman dan makmur di negara sendiri dengan perhubungan yang erat di antara kaum yang ada di Malaysia. Perkara ini telah dirasai oleh diri saya sendiri yang mempunyai 2 rakan yang berbangsa India di kelas saya. Kami sentiasa bersahabat baik dan tidak pernah ada perasaan saling membezakan kaum dia antara kami. Malah kami selalu bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan mengenai budaya masing-masing.
Kini kita sudah memasuki era pemerintahan Dato' Sri Najib Tun Razak dan sering kedengaran "salam 1 Malaysia" ada di mana-mana sahaja sama ada di televisyen, radio, mahupun di media-media massa yang ada.
Tetapi, fahamkah kita apakah yang hendak dicapai melalui slogan 1 Malaysia ini??
Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-Teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi. Kedua-dua aspek ini mengandungi nilai-nilai tersendiri yang perlu ditekankan (sila rujuk gambar rajah dibawah).
Sekian sahaja untuk kali ini, untuk maklumat yang lebih lanjut sila ke laman web ini:
Akhir kata...bersama-sama lah kita menyahut seruan 1 Malaysia ini dan seterusnya menghayati erti kemerdekaan agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur...
Salam 1 Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan