Ahah, tak lain dan tak bukan..
Majlis yang paling gilang gemilang dan menjadi suatu kemestian di mana-mana institusi pendidikan
iaitu Majlis Kejohanan Olahraga.
Tetapi nama Majlis pada kali ini telah ditukar sedikit kepada
Kejohanan Balapan dan Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim kali Ke- 43
Pada hari ini juga telah bermulanya raptai bagi Kejohanan Balapan yang akan diadakan pada hari Khamis 29 April 2010 bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengahari. Raptai yang seterusnya akan dijalankan pada hari Rabu.
Antara perkara menarik yang ingin penulis ingin kongsikan adalah :
- Majlis ini akan dihadiri oleh pelbagai VVIP antaranya adalah Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteru Pelajaran Malaysia, Tn Hj Markom Bin Giran, Timbalan Pengarah JPNJ, dan ramai lagi.
- Majlis Kejohanan ini juga akan diserikan lagi dengan pasukan kompang 100, pasukan gendang Cina, persembahan silat, persembahan Senam Seni Malaysia.
- Berjaya menamatkan kemarau kejohanan olahraga kerana tidak dijalankan pada tahun lepas ekoran IPG KTI terpilih menjadi penganjur KAGUM.
- Sukantara yang telah dijalankan bermula dari 2 minggu lepas (kadang kala tergendala atas faktor hujan)
Penulis berharap agar raptai sambutan perasmian kejohanan Balapan dan Padang yang akan diadakan pada Rabu ini akan menjadi lebih baik dari hari ini dari segi pengurusan, masa, dan kerjasama antara pensyarah dan pelajar bagi menjamin kelicinan perjalanan sebenar Sambutan Kejohanan Balapan dan Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim kali ke-43 pada hari Khamis ini.
Dalam keadaan ekonomi serba kekurangan ini diharapkan acara sukan tetap meriah dan penulis berharap cuaca pada hari tersebut akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Sama-samalah kita doakan.
* Kalau tuan pengarah bagi cuti peristiwa pada hari Jumaat mesti berbaloi sebab penulis ada terdengar cerita bahawa pada sebelah petang ada program ceramah dengan Majlis Belia Malaysia. Penceramah pun bukan calag-calang orangnya.. Amin40x..
2 ulasan:
sama-sama la doakan dapat cuti jumaat tu ya.:P
amin40x.. Ya Allah.berilah kami cuti peristiwa...
Catat Ulasan