Pagi Ahad selepas b'jogging, bermain badminton serta bersarapan di depan mobil..
Satu rancangan Adhoc telah berlangsung dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan.
Iaitu sesi lawatan ke Kota Tinggi.
Maka, pada jam 1.20 tengahari... Di sinilah kami..
Tanjung Balau, Kota Tinggi
Jeti Teluk Sengat. Nama lain tempat ini adalah Johor Lama.
*Siapa2 nak beli alat ganti motor bole lah cari di sini.
Johor Lama
Taman Buaya, Telok Sengat
Bilangan buaya di sini hampir mencecah seribu
Antara model buaya yang dipilih.. Ni buaya remaja je.
Kalo buaya yang umur 147 tahun, bayangkan je lah saiz dia besar mana.
Berbaloi-baloi lah melaburkan RM8 ke Taman Buaya Telok Sengat ni.. Kerana:
- Buaya dia sangat agresif bila digeletek.
- Dapat belajar membezakan jantina buaya.
- Melihat sendiri buaya kurang upaya (BKU)
- Boleh pegang sendiri anak buaya.
- Melihat buaya betina menjaga telurnya pd jarak 1 meter.
- Berpeluang melihat buaya obesiti, buaya hitam, buaya panjang.
- Mempelajari banyak pengetahuan baru mengenai buaya.
- Merasai pengalaman dikejar buaya (seolah2 kucing yg sedang mengejar ikan)
Banyak lagi penulis nk ceritakan.. Tapi penulis tak cukup masa. Nak pegi kelas Matematik kejap lagi.. Maka, sehingga bertemu lagi.
*Gambar diambil drpd Laman Facebook Anis Syud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan