Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 3 April 2010

9 Nyawa..sedikit imbasan..


Selesai sudah membaca novel 9 Nyawa dalam likungan masa sepetang (slps blk shj dr sekolah).

9 Nyawa yang dikaitkan dengan masalah lemah jantung yang dihidapi oleh Intan Suriyati sangat merisaukan ibunya, Azizah. Intan yang sudah banyak kali hampir kehilangan nyawa telah disifatkan oleh ibunya sebagai anak yang memliki 9 nyawa sehinggakan kehidupannya bagaikan seekor burung dalam sangkar emas. Sentiasa diawasi dan dikawal. Dia tidak pernah bertanya kenapa dia dibesarkan dalam keadaan sebegitu. Kini, naluri wanitanya mula memberontak sejak bertemu dengan Khairil. Akhirnya dengan restu ibunya, Intan mendirikan rumah tangga dengan Khairil setelah Khairil berjaya meyakinkan Azizah mengenai keikhlasan hatinya.

Namun, satu demi satu rahsia terungkai apabila rohnya terpisah dari badan dan berlegar-legar dalam satu dimensi lain di dunia. Ketika itu, Intan hanya mampu dapat berkomunikasi dengan Hakim, seorang lelaki yang buta matanya tetapi hatinya tidak pernah buta. Sepanjang terperangkap antara hidup dan mati telah banyak rahsia yang ditemuinya. Mengapa ibunya bersikap terlalu mengongkong hidupnya. Di mana ayahnya. Apakah kaitan keluarganya dengan Hakim. Dan siapa Khairil yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya?

Garapan idea dari muka pertama hingga muka akhir novel berjaya diimbangi oleh penulis, Ramli Awang Murshid meskipun corak penceritaan dan thriller cerita ini boleh diteka oleh pembaca yang meminati novel beliau. Penulis novel ini berjaya mengaitkan kejadian demi kejadian yang akhirnya didalangi oleh seseorang yang mungkin tidak disangka-sangka oleh para pembaca.

Novel ini juga telah membawa pembaca meniti ruang masa dengan teknik penceritaan imbas kembali, masa hadapan, dan kembali ke masa yang lampau. Novel ini boleh dibanggakan kerana penulis sentiasa mengaitkan pelbagai situasi dengan nilai kemanusiaan dan keagaamaan. Penulis juga berjaya mewujudkan satu perasaaan berbangga dalam diri pembaca sebagai rakyat Malaysia.

*Sedang mengumpul duit untuk membeli novel terbaru RAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka