Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 29 Jun 2009

Hari Yang Bosan, tapi...


Huwaaaarrrrghhhhhh!!!!!!!! Bosannye hari ni (sambil mengeliat)..
Nak keluar berjalan...fulus xde.. Nak study lak..apa kejadahnya....
Akhirnya aku membongkar sume CD installer ntah hape2 yang aku ade...
Tiba-tiba aku terjumpa..... (sound effect ipin terjumpa ayam goreng)..

Satu software untuk buat grafik animasi...

Software : Ulead GIF Animator
Version : 3
Year : 1998
Function : Drag and drop composition tool for creating web animations.

Haaa...sebenarnya software ni dah tersangat la lama...
Tapi baru hari ni aku tergerak nak explore.
Alhamdulillah..dalam keadaan kebosanan akhirnya ada la xtvt yang bermanfaat..

Nak mereka grafik beranimasi ni x susah sebenarnya..
  1. Anda cuma perlu mengumpulkan seberapa banyak gambar yang berturutan.
  2. Susun gambar-gambar itu mengikut turutan (sequence) yang logik.
  3. Edit bahagian masa delay bagi setiap gambar.
  4. Dan apabila dimainkan..ia akan menghasilkan sebuah animasi yang nampak mcm bergerak2..
  5. Hakikatnya gambar-gambar 2 je yg berubah-ubah...
  6. Fuh, ntah ade org faham ke x ni...

Kat bawah ni merupakan antara hasil-hasil karya aku...
Penat jugak la aku lukis guna MS Word dgn Paint...
Nampak macam buruk.. tapi 2 la yang aku baru belajar dan cukup memuaskan hati sendiri stakat ni.

Animasi perkataan



Animasi grafik

Stakat ni sahaja perkongsian kita pada hari ini...
Aku nak explore software lain pulak...
Chiaow!!!


Ahad, 28 Jun 2009

Marhaban Ya Rajjab

Assalamualaikum pembaca..

Sedar x sedar, hari ni dah masuk 6 Rejab 1430 Hijrah dah (dikira 6 hb sbb dah lps Maghrib) kan!! Tahu x anda, dalam bulan Rejab kita memang sangat digalakkan berpuasa.. Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan (dgn bhs yg lebih elok : bersabda) mengenai ganjaran berpuasa di bulan Rejab. Antaranya..

  1. Puasa 1 hari = Puasa 40 tahun, diberi minum air dari syurga, seperti beribadat seumur hidup.
  2. Puasa 3 hari = Dijadikan parit yg panjang yang menghalang ke neraka (panjang : setahun perjalanan)
  3. Puasa 4 hari = Diafiatkan drpd bala dan penyakit yg besar, dan drpd fitnah dajal pada hari kiamat.
  4. Puasa 5 hari = Aman dari azab kubur.
  5. Puasa 6 hari = Keluar drpd kubur dgn muka bercahaya.
  6. Puasa 7 hari = Ditutup drpdnya 7 pntu neraka.
  7. Puasa 8 hari = Dibuka baginya 8 pintu syurga.
  8. Puasa 10 hari = Dijadikan 2 sayap yg boleh terbang sprt kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari kiamat dan Allah sediakan hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  9. Puasa 15 hari = Seperti berpuasa 100, 000 tahun.
  10. Puasa 16 hari = Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi org pertama menziarah Allah di dalam syurga.
  11. Puasa 19 hari = Akan dibinakan mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam.
  12. Puasa 20 hari = Diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Agak-agaknya lah kan...
Berapa hari kita nak tetapkan sasaran untuk berpuasa di bulan Rejab ni???
Adakah 1 hari shj? 2 hari? 3 hari? 10 hari? atau puasa sahaja tanpa kira hari??

Semua tu terpulang pada diri kita sendiri.. Sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kita..
Anggaplah ganjaran-ganjaran di atas tadi sebagai satu motivasi kpd kita untuk terus mengabdikan diri kpd Allah.

Tapi ingat !!! Berpuasa bukan kerana ganjaran, bukan kerana jimat duit, bukan juga kerana nak turunkan berat badan.

Tetapi berpuasalah kerana Allah (Lillahi taala).
InsyAllah anda akan rasa lebih berbaloi dan seterusnya diberikan pahala yang setimpal.

Akhir kata...JOM PUASA!!!


P/s : Di sedut dan digarap dari risalah PERMATA edisi 49/2009.

Selasa, 23 Jun 2009

MELAYU dengan penuh kesedaran dan keinsafan - Bhg 2

------> Sambungan

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri



Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyuman

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak



Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing



Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturahim hati yang murni

Maaf diungkap sentiasa bersahut

Tangan dihulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

”Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera dihutan disusu-susukan

Anak dipangkuan mati kebuluran”



Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?



Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan



Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran



Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan



Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara merdeka.

________________________________________

Respon Pembaca Terhadap Sajak :

Inilah hakikatnya orang Melayu..
Ada kelemahan disebalik kekuatan,
Ada kelebihan disebalik kekurangan,
Kini semuanya terpulanglah kepada kita...
yang berbangsa Melayu, yang beragama Islam,
Untuk menentukan dan meletakkan di mana martabat Melayu pada masa kini.
Berbanggalah menjadi bangsa Melayu.
Jangan jadi Melayu yang lupa diri, juga hilang jati diri.
Bersama-sama kita mengubah pandangan sterotaip bangsa lain terhadap Melayu.
Hapuskan istilah "Melayu mudah lupa"
Hapuskan frasa "Melayu hidup penuh subsidi"
Hapuskan konsep "Melayu itu malas"

Kita mampu, kita boleh
Bersaing dengan bangsa lain di Malaysia ini dan di dunia amnya.
Namun dalam mengejar kemajuan...
Kesantunan sebagai orang Melayu harus dipertahankan.
HIDUP MELAYU!!


Isnin, 22 Jun 2009

Wh0 Are They????

These are the most wanted faces that we were looking for helping our investigation.
For more information or if you see them at anywhere, please call Endau's police station at 07-7945522.
Reward will be given if you can find them.

NO, that is not like that!! 
 
For your information, those 14 little cute children are all my nieces and nephews..
They are (from left)..

First row :
  1. Siti Aishah Binti Mohd Faiseol (13)
  2. Abdurrahman Bin Mohd Faiseol (12)
  3. Khadijah Binti Mohd Faiseol (10)
  4. Ubaidurrahman Bin Mohd Faiseol (9)
Second row:
  1. Fathullah Lukman Bin Jeffrydin (8) - Always has a problem while writing his name bcoz it is too long)
  2. Fatimah Binti Mohd Faiseol (7)
  3. Abdullah Bin Mohd Faiseol (5)
  4. Mariam Binti Mohd Faiseol (4)
Third row:
  1. Ilham Bin Jeffrydin (3) - His parents give the short name bcoz they don't want banana fruit 2 times..hehhe..
  2. Nur Hanani Binti Mohd Yani (2)
  3. Muhammad Qasim Bin Mohd Faiseol (2)
  4. Fahim Hakimi Bin Mohamad Rashid (2) - All of this 3 kids were born on PiG year ( according Chinese Calendar..wakaka...)
Fourth row:
  1. Ibrahim Bin Mohd Faiseol (6 months)
  2. Iman Hamizah Binti Abdul Razak (5 months)
  3. No name.. (Will be appear on July 09..InsyAllah)
~Thats all till now..Ja Neh!!


Khas Untuk Pak Imam Senin


Di suatu pagi Ahad yang hening....
Sedang si Adik seronok berkuak lentang..
Pagi itu juga merupakan hari terakhir si Adik di rumah..
tiba-tiba...

Ayah : "Adik, adik, bangun!!!!" (panggilan diulang sebyk 2 kali)
Adik  : "Huwarghhh, kenapa ayah??" (dlm keadaan bingung)
Ayah : Bangunlah...hari ni hari bapa...
Adik  : Hah, ye ke.. Slmt Hari Bapa... (masih kebingungan)

Perbualan berakhir di situ kerana si Adik yg masih bingung pergi ke tandas utk menghilangkan kebingungan...

Kemudian si Adik pulang menyambung pengajiannya di Johor Bahru...
Sebelum si Adik pulang, dia menyalam ayahnya dan sempat mengucapkan "Selamat Hari Bapa, ayah!!!".
Si ayah sempat memeluk anak bongsunya itu..

Namun sebenarnya, masih ada banyak lagi yang hendak dikatakan oleh si Adik kepada ayahnya..
Antaranya:
  1. Semoga ayah panjang umur dan murah rezeki.
  2. Semoga ayah diberikan kesihatan yang baik.
  3. Ayah, tolonglah senyum selalu...nnti nmpk lagi muda..
  4. Ayah, jaga kesihatan, dan jaga pemakanan.
  5. Ayah, jgn gaduh2 dgn org2 kt rumah.
  6. Ayah, tolong doakan kejayaan anakmu ini.
  7. Ayah, jgn lupa mkn ubat (siang dan malam).
  8. Ayah, jgn mkn durian!!!!
  9. Ayah, kalau pergi kenduri jgn mkn lembu dgn kambing byk2.
  10. Ayah, jaga emak baik2.
  11. Akhirnya, ayah..terima kasih bersihkan kipas kt bilik 2...hehe..
Kadang-kadang ada perkara yg x boleh disampaikan scr bersemuka..

Maka, kpd sesiapa yg membaca paparan ini (esp: Azak) tolong sampaikan pesanan ini kepada Ayah... 

Akhir kata...SELAMAT HARI BAPA !!!!!!!!

Ini ayah saya..
Ayah saya x suka senyum..
Tapi, bila sekali di senyum....
Fuh, manis!!!!!!



MELAYU dengan penuh kesedaran dan keinsafan - Bhg 1

Sajak Allahyarham Usman Awang (a.k.a Tongkat Warrant)
Diambil dari Utusan Malaysia - 10 Jun 2009

Baca, hayati, renungi......

MELAYU...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bijak mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu,

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani semua Melayu,

Mamak dan Malbari serap ke Melayu,

Malah mua’alaf bertakrif Melayu.

 

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur zaman sejarah

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

 

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

 

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

--->Bersambung....

Analisis Novel..


Bismillah...
Atas permintaan seorang sahabat, maka pada post (dlm bm apa ek)..ha..pada paparan kali ni saya dgn penuh kerajinannya akan membentangkan sinopsis novel yg dkt gmbr sblh ni.. Bacalah..kalau sinopsis dia menarik, boleh la cari novel ni di kedai... Tp rasa2nya dah x jual kot..

Pertemuan antara Zafri dan Wardah di kota Konya, Turki telah memeteraikan sebuah janji. Wardah, seorang wanita sederhana yang bekerja di sebuah kilang kain di Turki tidak pernah menjangkakan kehadiran seorang lelaki yang mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dan membuatkan dirinya percaya pada janji seorang lelaki. Zafri, lelaki lulusan kejuruteraan yang mempunyai impian sendiri untuk membangunkan industri muzik dan seni Malaysia kini lebih serius terhadap kariernya kerana seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi untuk bekerja dengan lebih gigih, dan kerana, dia telah berjanji. Zafri berjanji untuk melamar Wardah menjadi isterinya setelah pekerjaan dan ekonomi dirinya telah kukuh. Wardah dengan hati terbuka menerima janji itu dan menanti dengan penuh kesabaran. Jarak antara Turki dan Malaysia tidak pernah memisahkan mereka dengan adanya perkhidmatan internet. Namun janji itu mula goyah apabila Zainab, wanita yang pernah dibenci Zafri satu ketika dahulu kini telah dinikahinya atas dasar simpati. Hati Wardah remuk redam. Di manakah janji yang selama ini dipegang oleh lelaki itu! Namun hatinya terubat dan mula bersimpati setelah Zainab datang meminta maaf dan menceritakan pekara sebenar. Zainab menghidap penyakit dan tidak boleh hidup lama. Zainab terpaksa berkahwin dengan Zafri kerana tidak mahu hartanya jatuh ke tangan ayahnya yang tamak haloba itu. Maka Zainab mewasiatkan hartanya kepada Zafri untuk diserahkan kepada ibunya dan orang-orang yang susah. Tidak ada sekelumit pun cinta Zafri untuk Zainab. Kerana Zafri masih berpegang dengan janjinya. Zainab meninggalkan dunia ketika dalam pangkuan Wardah. Akhirnya Zafri meminta maaf kepada Wardah dan akhirnya tertunailah sebuah janji.

Ulasan Pembaca :

Cerita di sesebuah novel kadang-kadang ada yang berdasarkan realiti sebenar hidup dan ada juga yang hanya sekadar imaginasi penulis. Mengenai janji.. Berjanji adalah perkara yang paling berat dan besar tangunggjawabnya. Ada yang beranggapan janji itu hanya sekadar luahan di mulut untuk menyedapkan hati orang lain. Namun hakikatnya janji adalah perkara yang sukar dan perlu ditunaikan kerana memungkiri janji adalah sifat kaum munafik yang harus dijauhi. Maka, janganlah mudah membuat janji kerana takut-takut ianya tidak dapat dilaksanakan. Jika sudah membuat janji, tunaikanlah ia dan sentiasalah menyelitkan perkataan InsyALLAH (dengan izin Allah) dalam setiap janji yang dibuat. Semoga kita sentiasa dalam golongan orang yang berpegang pada janji. Sekian....

Terima kasih kepada insan yang menghadiahkan novel ini.....
Semoga kemurahan hatinya akan dibalas oleh Allah...

Selamat Hari Lahir Diri Sendiri..



Tau x gambar apa ni???
Ha...inilah namanya K.E.K..Kek!!!
Amacam, terliur x??

Kek ni sempena Hari Lahir aku yg ke 20..
Mksdnya tahun depan aku dah boleh mengundi utk pilihanraya...

Kek ni dibeli pada 6 Jun 2009 untuk sambutan hari jadi..
(tp sbnrnya besday aku 9 Jun 2009)
Terpaksa dibuat lebih awal sbb waktu ni je semua ada..
Dan majlis ni sebenarnya lebih kepada majlis reunion Haji Isnin's Family...

Alhamdulillah lapan-lapan adik beradik aku sume datang..
2 abang ipar ada, 1 akak ipar ada, dgn 14 anak saudara...
Ayah pun bacakan doa utk hari lahir aku..
Mmg agak touching dgr ayah baca doa..panjang pulak 2...

Kesimpulannya, majlis reunioun ni telah dirancang dengan jayanya oleh diri sendiri..

Terima kasih kepada semua yang berkenaan kerana melapangkan diri dan sudi hadir ke majlis ni..
Yang x dpt dtg tu x pe la...dimaafkan...

_______Terima Kasih kepada Penaja_______

Puding roti yg besh giler : Akakku (Rahmah)
Ketupat dan rendang  : Alongku dan emakku
Kasut baru : Azak dan keluarga
Baju tidur baru : Rahmah enterprise
Pembaca doa : Haji Isnin Bin Baderun
Sate : Haji Isnin jugak
Kek : Beli sendiri


InsyAllah tahun depan kalau ada modal, ada  masa lapang kita buat reunion lagi....!!

~Chiow!!!~


Aku Rindu Padamu....INTERNET!!!

Puih...dah 3 minggu x jumpa internet...
Sekali jumpa dah mcm org jakun dah...

Sekarang ni..blog ni akan aktif kembali utk diletakkan apa-apa sahaja yg disukai oleh penulisnya...
huahahahhahaha (gembira tahap lantai)........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka