Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 22 Jun 2009

Analisis Novel..


Bismillah...
Atas permintaan seorang sahabat, maka pada post (dlm bm apa ek)..ha..pada paparan kali ni saya dgn penuh kerajinannya akan membentangkan sinopsis novel yg dkt gmbr sblh ni.. Bacalah..kalau sinopsis dia menarik, boleh la cari novel ni di kedai... Tp rasa2nya dah x jual kot..

Pertemuan antara Zafri dan Wardah di kota Konya, Turki telah memeteraikan sebuah janji. Wardah, seorang wanita sederhana yang bekerja di sebuah kilang kain di Turki tidak pernah menjangkakan kehadiran seorang lelaki yang mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dan membuatkan dirinya percaya pada janji seorang lelaki. Zafri, lelaki lulusan kejuruteraan yang mempunyai impian sendiri untuk membangunkan industri muzik dan seni Malaysia kini lebih serius terhadap kariernya kerana seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi untuk bekerja dengan lebih gigih, dan kerana, dia telah berjanji. Zafri berjanji untuk melamar Wardah menjadi isterinya setelah pekerjaan dan ekonomi dirinya telah kukuh. Wardah dengan hati terbuka menerima janji itu dan menanti dengan penuh kesabaran. Jarak antara Turki dan Malaysia tidak pernah memisahkan mereka dengan adanya perkhidmatan internet. Namun janji itu mula goyah apabila Zainab, wanita yang pernah dibenci Zafri satu ketika dahulu kini telah dinikahinya atas dasar simpati. Hati Wardah remuk redam. Di manakah janji yang selama ini dipegang oleh lelaki itu! Namun hatinya terubat dan mula bersimpati setelah Zainab datang meminta maaf dan menceritakan pekara sebenar. Zainab menghidap penyakit dan tidak boleh hidup lama. Zainab terpaksa berkahwin dengan Zafri kerana tidak mahu hartanya jatuh ke tangan ayahnya yang tamak haloba itu. Maka Zainab mewasiatkan hartanya kepada Zafri untuk diserahkan kepada ibunya dan orang-orang yang susah. Tidak ada sekelumit pun cinta Zafri untuk Zainab. Kerana Zafri masih berpegang dengan janjinya. Zainab meninggalkan dunia ketika dalam pangkuan Wardah. Akhirnya Zafri meminta maaf kepada Wardah dan akhirnya tertunailah sebuah janji.

Ulasan Pembaca :

Cerita di sesebuah novel kadang-kadang ada yang berdasarkan realiti sebenar hidup dan ada juga yang hanya sekadar imaginasi penulis. Mengenai janji.. Berjanji adalah perkara yang paling berat dan besar tangunggjawabnya. Ada yang beranggapan janji itu hanya sekadar luahan di mulut untuk menyedapkan hati orang lain. Namun hakikatnya janji adalah perkara yang sukar dan perlu ditunaikan kerana memungkiri janji adalah sifat kaum munafik yang harus dijauhi. Maka, janganlah mudah membuat janji kerana takut-takut ianya tidak dapat dilaksanakan. Jika sudah membuat janji, tunaikanlah ia dan sentiasalah menyelitkan perkataan InsyALLAH (dengan izin Allah) dalam setiap janji yang dibuat. Semoga kita sentiasa dalam golongan orang yang berpegang pada janji. Sekian....

Terima kasih kepada insan yang menghadiahkan novel ini.....
Semoga kemurahan hatinya akan dibalas oleh Allah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka