- Anda cuma perlu mengumpulkan seberapa banyak gambar yang berturutan.
- Susun gambar-gambar itu mengikut turutan (sequence) yang logik.
- Edit bahagian masa delay bagi setiap gambar.
- Dan apabila dimainkan..ia akan menghasilkan sebuah animasi yang nampak mcm bergerak2..
- Hakikatnya gambar-gambar 2 je yg berubah-ubah...
- Fuh, ntah ade org faham ke x ni...
Anda pengunjung blog ke :
Isnin, 29 Jun 2009
Hari Yang Bosan, tapi...
Ahad, 28 Jun 2009
Marhaban Ya Rajjab
- Puasa 1 hari = Puasa 40 tahun, diberi minum air dari syurga, seperti beribadat seumur hidup.
- Puasa 3 hari = Dijadikan parit yg panjang yang menghalang ke neraka (panjang : setahun perjalanan)
- Puasa 4 hari = Diafiatkan drpd bala dan penyakit yg besar, dan drpd fitnah dajal pada hari kiamat.
- Puasa 5 hari = Aman dari azab kubur.
- Puasa 6 hari = Keluar drpd kubur dgn muka bercahaya.
- Puasa 7 hari = Ditutup drpdnya 7 pntu neraka.
- Puasa 8 hari = Dibuka baginya 8 pintu syurga.
- Puasa 10 hari = Dijadikan 2 sayap yg boleh terbang sprt kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari kiamat dan Allah sediakan hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
- Puasa 15 hari = Seperti berpuasa 100, 000 tahun.
- Puasa 16 hari = Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi org pertama menziarah Allah di dalam syurga.
- Puasa 19 hari = Akan dibinakan mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam.
- Puasa 20 hari = Diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Selasa, 23 Jun 2009
MELAYU dengan penuh kesedaran dan keinsafan - Bhg 2
------> Sambungan
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
”Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusu-susukan
Anak dipangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Isnin, 22 Jun 2009
Wh0 Are They????
For your information, those 14 little cute children are all my nieces and nephews..
- Siti Aishah Binti Mohd Faiseol (13)
- Abdurrahman Bin Mohd Faiseol (12)
- Khadijah Binti Mohd Faiseol (10)
- Ubaidurrahman Bin Mohd Faiseol (9)
- Fathullah Lukman Bin Jeffrydin (8) - Always has a problem while writing his name bcoz it is too long)
- Fatimah Binti Mohd Faiseol (7)
- Abdullah Bin Mohd Faiseol (5)
- Mariam Binti Mohd Faiseol (4)
- Ilham Bin Jeffrydin (3) - His parents give the short name bcoz they don't want banana fruit 2 times..hehhe..
- Nur Hanani Binti Mohd Yani (2)
- Muhammad Qasim Bin Mohd Faiseol (2)
- Fahim Hakimi Bin Mohamad Rashid (2) - All of this 3 kids were born on PiG year ( according Chinese Calendar..wakaka...)
- Ibrahim Bin Mohd Faiseol (6 months)
- Iman Hamizah Binti Abdul Razak (5 months)
- No name.. (Will be appear on July 09..InsyAllah)
Khas Untuk Pak Imam Senin
- Semoga ayah panjang umur dan murah rezeki.
- Semoga ayah diberikan kesihatan yang baik.
- Ayah, tolonglah senyum selalu...nnti nmpk lagi muda..
- Ayah, jaga kesihatan, dan jaga pemakanan.
- Ayah, jgn gaduh2 dgn org2 kt rumah.
- Ayah, tolong doakan kejayaan anakmu ini.
- Ayah, jgn lupa mkn ubat (siang dan malam).
- Ayah, jgn mkn durian!!!!
- Ayah, kalau pergi kenduri jgn mkn lembu dgn kambing byk2.
- Ayah, jaga emak baik2.
- Akhirnya, ayah..terima kasih bersihkan kipas kt bilik 2...hehe..
MELAYU dengan penuh kesedaran dan keinsafan - Bhg 1
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua’alaf bertakrif Melayu.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur zaman sejarah
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Analisis Novel..
Bismillah...
Ulasan Pembaca :
Cerita di sesebuah novel kadang-kadang ada yang berdasarkan realiti sebenar hidup dan ada juga yang hanya sekadar imaginasi penulis. Mengenai janji.. Berjanji adalah perkara yang paling berat dan besar tangunggjawabnya. Ada yang beranggapan janji itu hanya sekadar luahan di mulut untuk menyedapkan hati orang lain. Namun hakikatnya janji adalah perkara yang sukar dan perlu ditunaikan kerana memungkiri janji adalah sifat kaum munafik yang harus dijauhi. Maka, janganlah mudah membuat janji kerana takut-takut ianya tidak dapat dilaksanakan. Jika sudah membuat janji, tunaikanlah ia dan sentiasalah menyelitkan perkataan InsyALLAH (dengan izin Allah) dalam setiap janji yang dibuat. Semoga kita sentiasa dalam golongan orang yang berpegang pada janji. Sekian....