Program : Program Latihan 1 Malaysia
Tarikh : 17 Disember 2011
Masa : 9.00 pagi - 1.30 tengahari
Tempat : Kolej Komuniti Rompin
Tenaga Pengajar : Hasmahani Mahusin, Unit Pengurusan Hotel
Kursus Penuh : Asas Pembuatan Apam
Sub Kursus : Apam Cina/Apam Gebu
Sedikit pengenalan mengenai Program Latihan 1 Malaysia.
Program Latihan 1 Malaysia ini adalah merupakan sebuah program di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Rompin, Pahang.
Program ini menawarkan kursus-kursus pendek khusus untuk meningkatkan pelbagai kemahiran kepada masyarakat setempat.
Kursus yang hanya menggunakan masa hujung minggu sahaja ini mengandungi banyak kursus latihan antaranya katering dan sajian, komputer dan teknologi maklumat, perniagaan dan keusahawanan, teknologi agro, dan lain-lain lagi.
Dengan bayaran yang murah dan berbaloi-baloi, adalah tidak menjadi satu kerugian untuk kita menyertainya.
Mudah cerita,
untuk maklumat lanjut. =)
Sesi Pendaftaran, Pembahagian Kursus, dan Taklimat
Fail, pen, buku nota Kolej Komuniti, dan senarai resepi disediakan.
Ini Apam yang saya harap-harapkan. Konon-kononnya.
*Illustrasi asli dari penulis*
Bahan Apam Cina
- 200gm tepung gandum (diayak)
- 200gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1/2 sudu ovalette (utk menggebukan apam)
- 1/2 cawan air 7up
- 1 sdt esen vanilla
Hasil sukatan tepung yang telah saya tukarkan daripada 100gm kepada unit cawan.
Hasil sukatan gula yang telah saya tukarkan daripada 100gm kepada unit cawan.
Puan Hasmahani Mahusin memulakan demonstrasi Asas Pembuatan Apam Cina.
Cara-Cara Pembuatan:
- Pukul telur sehingga kembang/gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Masukkan ovellate, air 7up, esen vanila.
- Asingkan adunan ke dalam beberapa tempat.
- Masukkan pewarna yang berbeza dalam setiap tempat.
- Adunan dimasukkan dalam beg piping.
- Adunan di masukkan ke dalam cawan kertas.
- Hiaskan permukaan apam mengikut kreativiti.
- Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan.
- Kukus selama 10-15 minit menggunakan api yang kuat.
Menggunakan beg piping untuk memasukkan adunan ke dalam cawan kertas supaya lebih kemas.
Titikkan beberapa adunan yang berlainan warna ke atas adunan.
Lorekkan titik-titik tadi dengan menggunakan lidi.
Mereka punya apam sudah gebu dan pecah.
Mak cik ni punya apam cina pun sudah menjadi.
Apam adik kat meja depan pun dah jadi.
Apam akak dan saya???? Macam ni je..Isk
Tapi, masih ada satu dua yang jadi..hehe
Tak apalah banyak yang tak jadi.
Namanya pun belajar kan.. (ayat positif)
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai APAM CINA.
Nantikan resepi apam yang seterusnya. =)