Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 30 September 2009

Demam MQA



Baru-baru ini IPGM KTI telah dihuru-harakan atau dgn bahasa yang lebih sopan disibukkan dan dikejutkan dengan kedatangan MQA.

Kejutan ini bukan sahaja dirasai oleh staf akademik malahan juga dirasai oleh guru-guru pelatih khususnya bagi mereka mengambil kursus PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) semester 6.

Di sana sini, (dalam ruang lingkup atmosfera IPGM KTI) telah kedengaran istilah-istilah seperti MQA, Fail Subjek, Kerja Kursus, Hantar Semula Tugasan, Temuduga dari MQA, borang itu, borang ini dan macam-macam lagi yang anda sendiri dengari.

Namun begitu, tahukah anda apa sebenarnya MQA ini dan apa rasional kehadirannya di semua IPG di Malaysia?
Untuk mengetahuinya anda bolehlah melayari laman web MQA

Apa yang ingin saya fokuskan di sini adalah perkaitannya antara IPGM dan MQA.

  1. MQA bertujuan untuk memberikan standard pengiktirafan kepada kursus yang ditawarkan oleh semua institusi pengajian tinggi.
  2. Penilaian diadakan secara berterusan (on-going process).
  3. PISMP merupakan antara program terbaru yg diwujudkan oleh IPGM dan perlu mendapat standard pengiktirafan daripada MQA.
  4. Bagaimana jika kursus PISMP kita ini tidak diiktiraf standard kelayakkannya? Jika perkara itu terjadi, maka pelajar PISMP tidak boleh mengikuti pengajian sama ada pada peringkat sarjana atau doktor falsafah di universiti dalam mahupun luar negara.
  5. Pada 6 Oktober ini IPGM KTI akan didatangi oleh wakil dari MQA dan mereka akan bertanyakan soalan secara rawak kepada guru pelatih.
  6. Antara soalan yang gemar ditanya adalah apa bezanya @ lebihnya program anda ini (PISMP) berbanding dengan program pendidikan di universiti?
  7. Fikir-fikirkanlah apa jawapannya dan cuba berikan jawapan yang positif dan membina mengenai PISMP.

Setakat ini sahaja perkongsian saya...
Maklumat akan diperbaharui dari semasa ke semasa.

* Sumber maklumat daripada timbalan pengarah akademik IPGM KTI

Selasa, 29 September 2009

Perabot Mewahku...



X pasti sama ada anda perasan atau tidak di mana sebenarnya 'perabot mewahku' itu di dlm gmbr ni...

Perabot itu adalah sebuah meja kuih raya yang aku invent khas bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah ini....

Perabot ini tidak menelan kos perbelanjaan yg begitu besar dan tanpa perlu cagaran dari kedai perabot Kiong-Kiong...

Dengan berbantukan serpihan-serpihan kayu dari stor suis Blok E, akhirnya terinventlah.... MEJA KUIH RAYA....

Kepada jiran-jiran se-blok : Sudi2lah dtg beraya ke sini...Byk lg kuih raya ni...

Kepada roomateku: Aku dah upload dah meja kuih raya kamu ni...

Kepada penaja kayu perabot : Terima kasih byk2....

Kepada jiran kiriku : Maaf kerana buat onar di dpan bilik korg hari 2..


P/s: Korang ada ke meja kuih raya mcm ni?

Hari Raya di KL... (Kampung Londang)


Khas untuk adik beradikku... Gmbr raya and sudah pun di muat naik ni ha...
Sape2 yg xde dlm gmbr jgn kecik ati ye...
Tu lah...sape suruh korg duk kt rumah mak mentua di hari raya pertama...
Ish3...kesian....

Cikgu Rashid, En. Azhari, Haji Isnin, Hajah Manisah, Cik Hidayah, Cikgu Rahim..

Encik Yani, Puan Rahmah, Hanani, Amani...

Ustaz Razak, Cikgu Sarah, Hamizah (Micako)..

Rabu, 16 September 2009

Lagu Raya Pilihan

Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai

Lebaran Ini

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

( 1 )
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

( korus )
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..

( ulang dari 1 )

Selasa, 15 September 2009

Kursus PRS

KURSUS LATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

TEMPAT : PUSAT LATIHAN GURU DALAM PERKHIDMATAN,
BANDAR TENGGARA
TARIKH : 10 DAN 11 SEPTEMBER 2009

Para peserta kursus :

Baris kedua dari kanan : hazwan, atha, paan, aliff, ashraf, sakinah, rose, sidi, wani, hui,ceat, toh, abg KDP, apad, lik
Baris pertama dari kanan : hidayah, aqilah, hasif, anis, fakhrullah, qayyum, william, rubini

Riadah pagi pun ada.....

Aku di pintu pagar PLGDP....

Sepintas Lalu......
Program anjuran Biro Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-44 yang bermanfaat dan memberi pelbagai input yang baru kepada peserta dalam mempersiapkan diri mereka ke arah menjadi PRS yang berkemahiran tinggi seterusnya dapat mencurahkan bakti kepada IPGM Kampus Temenggong Ibrahim...


Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada:
_________________________________
En. Mohd Syafiq Sim Bin Abdullah
Tuan Haji Nordin Bin Monel
Puan Rokiah Bt Buyong
Tuan Haji Hassan Bin Kudus
Mr. Lee Chai Eam
En. Mazlan Bin Aris
Puan Salina Bt Omar
En. Mohd Mohtari Bin Mesron
Staff PLGDP
Mereka yang terlibat scr langsung mahupun tidak langsung


* JUMPA LAGI PLGDP...!!!

Ahad, 6 September 2009

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kamu bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kamu menjadi tasbih, tidur kamu ibadah, amal-amal kamu diterima dan doa-doa kamu dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kamu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kamu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kamu pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kamu dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kamu untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kamu tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kamu berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kamu memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain.

Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kamu. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kamu agar tidak pernah menutupkannya bagi kamu. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kamu untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kamu. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kamu.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kamu perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

SELAMAT BERBUKA PUASA

BERBUKALAH DENGAN DIDAHULUI OLEH KURMA @ BUAH-BUAHAN YANG MANIS KERANA IA AKAN MENURUNKAN SELERA MAKAN BAGI MENGELAKKAN SIMPTOM SENAK PERUT, TERLEBIH KENYANG DAN SINDROM MALAS SEMBAHYANG.

Mari Belajar Bahasa Jawa -Siri 4

Khusus untuk anda yang mempunyai rakan-rakan berbangsa Jawa..!!

Pantun Jawa :

Baju neng kuning tudung neng ijo,
Sarapan gemblong tutul le koyo;
Seng okeh eleng nyowo anak bojo,
Ati-ati nek mandu neng jalanroyo.

Krokodel hunter nyekeli boyo,
Endas singo tugu Singapuro;
Aku sekeluargo ucapne Selamat Bodo,
Keluputan seng akeh akeh dingapuro.

Godok kupat neng ngisor poro,
Digodok karep anak seng barep;
Salah silap ku njalok ngapuro,
Panjang umure, ketemu marep.

Nyimpan jenang neng jero tin,
Arek digowo mareng suro;
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo;
Wes suwi orak ngomong jowo,
Dino royo njalok ngapuro.

Buko poso lawuh'e gereh,
Njegor sunge dicaplok boyo;
Keluputan kulo sing akeh-akeh,
Iki bodo kito kosong-kosong lah yo.


Ketika bersalaman degan orang yang lebih tua dari anda:

Luputan kulo seng akeh-akeh lahir batin awal akhir...


Jika hendak beraya ke rumah mereka:

Aku sisuk teko renggonmu, isuk lepas lungo reng smbhyg royo.


* P/s : Faham tak ni???

Apa Ada Pada......Kalau.....


Apa Ada Pada NAMA Kalau tak diberi makna

Apa Ada Pada KUASA Kalau bertindak ikut rasa

Apa Ada Pada PEMIMPIN Kalau terpaksa dipimpin

Apa Ada Pada KEKUATAN Kalau menjadi kejahatan

Apa Ada Pada MISI Kalau tak menjadi realiti

Apa Ada Pada VISI Kalau ia menjadi sangsi

Apa Ada Pada GURU Kalau ia menjadi kelabu

Apa Ada Pada PELAJAR Kalau ia menjadi kurang ajar

Apa Ada Pada HATI Kalau ia membawa mati

Apa Ada Pada RASA Kalau ia membawa binasa

Apa Ada Pada AKAL Kalau sering disangkal


Semua bermula dari diri sendiri..
Punya akal,
Punya hati,
Punya rasa,
Agar diri sentiasa tidak alpa...

* Dipetik dari Buletin Pendidik, Johor.

Selasa, 1 September 2009

Salam 1 Malaysia


Masuk tarikh hari ini, dah 52 tahun 2 hari kita menyambut kemerdekaan...
Berbekalkan logo dan tema kemerdekaan yang baru iaitu..

" 1 Malaysia "
Rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan.

kita terus hidup aman dan makmur di negara sendiri dengan perhubungan yang erat di antara kaum yang ada di Malaysia. Perkara ini telah dirasai oleh diri saya sendiri yang mempunyai 2 rakan yang berbangsa India di kelas saya. Kami sentiasa bersahabat baik dan tidak pernah ada perasaan saling membezakan kaum dia antara kami. Malah kami selalu bertukar-tukar ilmu dan pengetahuan mengenai budaya masing-masing.

Kini kita sudah memasuki era pemerintahan Dato' Sri Najib Tun Razak dan sering kedengaran "salam 1 Malaysia" ada di mana-mana sahaja sama ada di televisyen, radio, mahupun di media-media massa yang ada.

Tetapi, fahamkah kita apakah yang hendak dicapai melalui slogan 1 Malaysia ini??

Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-Teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi. Kedua-dua aspek ini mengandungi nilai-nilai tersendiri yang perlu ditekankan (sila rujuk gambar rajah dibawah).

Sekian sahaja untuk kali ini, untuk maklumat yang lebih lanjut sila ke laman web ini:

Akhir kata...bersama-sama lah kita menyahut seruan 1 Malaysia ini dan seterusnya menghayati erti kemerdekaan agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur...

Salam 1 Malaysia!

Terapi Warna


Maha suci Allah yang menjadikan semua ciptaan yang ada di muka Bumi ini sentiasa bersebab dan mengandungi hikmah...

Lihat sahaja pada sudut warna,
tidakkah sesuatu yang ajaib apabila warna asas iaitu merah, biru dan kuning jika dicampurkan secara berpasangan akan menghasilkan warna yang baru?
bukankah istimewanya Allah ciptakan 7 warna pelangi yang indah itu akhirnya menjadi warna putih jika digabungkan bersama-sama?
Hanya akidah dan sains sahaja dapat menerangkan kejadian-kejadian ini..

Namun begitu, warna juga boleh dijadikan sebagai salah satu cabang bidang perubatan.
Terapi warna adalah salah satu teknik rawatan untuk memberikan tenaga dalaman kepada manusia.

Tahukah anda, warna boleh memberikan kesan secara psikologi kepada pemakainya. Berikut adalah rahsia di sebalik warna kegemaran anda dan cara menggunakannya.

Warna

Personaliti diri

Bila perlu guna…

Jangan guna bila..

Merah

Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil,yakin pada diri sendiri & mudah mesra

Apabila kita rasa letih @ keadaan fizikal yang lemah.Apabila bersendirian & rasa tidak selamat

Sedang marah, rasa lebih agresif @ aktif & memerlukan rehat yang cukup

Kuning

Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas,pemikiran yang tenang, bertenaga & bersemangat

Apabila menderita akibat tekanan mental & hendak membuat keputusan muktamad.Apabila rasa berdebar-debar & takut.

Rasa penat, ingin berehat & mahu kelihaan lebih agresif

Hijau

Warna flora & fauna.Kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut & sedikit sensitif

Apabila kita bimbang & memerlukan ketenangan .Apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah & meningkatkan daya sensitiviti serta rasa sunyi

Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam

Biru

Kita sentiasa mengekalkan eksperi diri , komunikasi yang baik,bijak bertindak & tahu tanggungjawab diri

Semasa kita ingin menikmati ketenagan mental & emosi.Apabila kita berada dalam keadaan terperanjat & tidak dapat menyuarakan isi hati serta rasa malu

Rasa menggeletar dan sejuk

Oren

Meningkatkan lagi fizikal & emosional .Memberi ketenangan & menaikkan nafsu makan

Bagi ransangan tenaga, semasa bosan & tertekan.Apabila kita rasa gembira , ceria & ingin keseronokan

Apabila kita cenderung bersikap suka menyoal, sedang marah & ingin merehatkan diri

Ungu

Mencerminkan kreativiti, idea, kebolehan dalam seni & bersikap ideal & inovatif

Semasa memerlukan inspirasi.Apabila rasa tertekan & hilang keyakinan diri

Kita rasa malu & terasing


Siapa Anda Dalam Ahli Keluarga

Cuba ingat semula, anda anak ke berapa dalam kalangan adik beradik anda?

Adakah yang pertama, kedua, atau yang seterusnya?

Cuba lihat apakah unsur alam yang anda miliki berdasarkan turutan anda dalam keluarga..

Unsur

Tanah

Air

Api

Angin

Urutan dalam keluarga

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12


Sudah lihat? Sekarang..sila baca penerangan sifat @ karakter anda mengikut unsur-unsur ini :

Unsur

Sifat manusia

Tanah

Golongan ini suka menjadi orang yang memberi arahan, mempunyai pegangan nilai tersendiri,tidak mudah dipengaruhi,tetap pendirian,kuat semangat,sukakan kebebasan,teliti membuat keputusan,selalu pening kepala memikirkan masalah keluarga & adik beradiknya, sabar & tidak cepat marah,selalu bimbang dengan keputusan yang dibuat, seorang yang keras hati & sensitif,menjadi rujukan bagi adik-adiknya, tabah menghadapi hidup, boleh diharap & sentiasa tenang menghadapi sesuatu situasi.

Air

Golongan ini sering mentingkan diri sendiri , suka memaksa pasangan ,cepat tersinggung perasaannya, perahsia,seorang yang lemah lembut & mempunyai pesona tersendiri, cepat kasihan kepada orang lain, boleh dipercayai oleh pasangan, takut dengan kritikan & gossip, lemah dengan teguran,malas melakukan kerja, suka berangan-angan, suka marah orang lain, kurang pendirian,pemurah & baik hati, berhati-hati membuat keputusan & memahami perasaan orang lain.

Api

Golongan ini sering mengikut kata hati mereka, suka mementingkan diri sendiri,seorang yang keras hati,suka bermegah diri,kurang mempedulikan perasaan orang lain, kurang beremosi, kuat semangat,tidak mudah menyerah kalah,cepat terasa& mudah tersinggung,sukakan cabaran,suka memaksa,fikiran sentiasa berubah mengikut keadaan,seorang yang berfikiran positif dan mengambil berat ahli keluarganya

Angin

Golongan ini sukakan kebebasan,mempunyai prinsip hidup,tidak mudah terpengaruh dengan orang lain,sedikit sensitif,seorang yang mesra,dan mudah bercampur engan orang ramai,menjadi pengaman dalam keluarga,memahami pasangannya,kurang ambik peduli hal persekitarannya,sedikit terburu-buru membuat keputusan, seorang yang bijak & selalu berfikir secara logik,suka ambil mudah sesuatu perkara,kadang-kadang banyak cakap tetapi baik hati, boleh dibawa berbincang ,sedikit moody dan jangan buat dia marah.


Setiap unsur-unsur ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Maka mantapkanlah sifat-sifat yang baik dan cuba baiki sifat-sifat kurang baik yang baru disedari telah dimiliki oleh anda. Ini tidak lain tidak bukan agar anda dapat mewujudkan suasana harmoni dan saling melengkapi di antara ahli keluarga anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka