Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 5 November 2009

Ceramah Tuan Haji Hassan


Ni adalah apa yang saya dapat sepanjang mengikuti ceramah Tn Hj Hassan walaupun duduk di belakang sambil menjaga first aid untuk peserta....

Definisi Kepimpinan:

  1. Kepimpinan merangkumi keupayaan dan kebolehan pencapaian atau corak kepemimpinan seseorang.
  2. Kepimpinan berlaku apabila sesorang itu menolong, menunjuk dan mempengaruhi orang lain yang bercorak peribadi. Ini berbeza dengan pengurus, kerana pengurus bukan bersifat peribadi ia melakukan kerja melalui praturan dan kuatkuasa undang-undang.

Sifat Pemimpin :
  1. Berani berhadapan dengan masalah dan menghadapi risiko serta mempunyai daya juang yang tinggi.
  2. Melaksanakan perkara yang diperlukan oleh organisasi walaupun kadangkala tidak disukai oleh orang bawahan.
  3. Mempunyai pandangan jauh kehadapan.
  4. Tahu jangkamasa dan batas bagi sesuatu perkara yang dilakukan.
  5. Mengetahui bila harus meneruskan sesuatu tindakan dan sedar setakat mana tindakan itu boleh dilaksanakan.
  6. Menjadi penggerak melalui motivasi yang mampu menjadi dorongan.
  7. Bersikap terbuka dan fleksibel.
  8. Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
  9. Mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek yang jelas dalam mentukan halatuju organisasi.
  10. Bersedia mendengar idea orang lain.
  11. Sering menilai diri sendiri untuk tujuan melihat kekuatan diri dan kelemahan diri yang perlu dibaiki.
  12. Bersikap terbuka dan positif terhadap idea baru.
  13. Bersedia melakukan penghijrahan minda.
Hah, bila dah baca semua2 ni, apa yg anda dapat? Ada x sifat-sifat macam ni dalam diri anda?
Kalau ada kekalkan, kalau xde boleh ditambahkan...

Utk paparan akan datang, sy akan ceritakan mengenai kualiti kepimpinan...

Akhir kata, selamat menjadi pemimpin kepada diri sendiri seterusnya untuk masyarakat..

P/s : PEMIMPIN..................SAYA!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka