Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 25 November 2009

Kek Lapis Holiday Inn

Terfikir juga, mcm mana la kek ni boleh dpt nma Holiday Inn???
Hmm..mungkin sbb susunan kek yg bertingkat ni mcm bangunan Holiday Inn..
Ataupun, manusia dlm bangunan ni suka sgt mkn kek ni....
Apa2 pun, kek ini mmg sedap dan senang dibuat...

Bahannya???
  1. 2 buku mentega
  2. 1.2 cawan gula aising
  3. 10 biji telur
  4. 1.5 penutup esen vanila
  5. 1 cawan susu pekat
  6. Tepung biskut marrie (biskut marrie dikisar)
  7. Serbuk horlick
  8. Serbuk milo

Caranya??
  1. Pukul (mentega + gula aising)
  2. Pukul (telur + esen vanila +susu pekat)
  3. Pukul Tepung biskut marrie
  4. Bahagikan adunan kpd 2 ( satu gaul dengan Milo, satu gaul dengan Horlick).
  5. Kukus lapisan yg pertama bermula dengan warna putih.
  6. Lapiskan kek seterusnya dengan warna kuning.
  7. Satu lapis = 8 hingga 10 minit..
SIAP!!!!!!!!!!!!


Mood : Mengunyah kek yg baru sahaja berjaya disiapkan.....

Khamis, 5 November 2009

Ceramah Tuan Haji Hassan


Ni adalah apa yang saya dapat sepanjang mengikuti ceramah Tn Hj Hassan walaupun duduk di belakang sambil menjaga first aid untuk peserta....

Definisi Kepimpinan:

  1. Kepimpinan merangkumi keupayaan dan kebolehan pencapaian atau corak kepemimpinan seseorang.
  2. Kepimpinan berlaku apabila sesorang itu menolong, menunjuk dan mempengaruhi orang lain yang bercorak peribadi. Ini berbeza dengan pengurus, kerana pengurus bukan bersifat peribadi ia melakukan kerja melalui praturan dan kuatkuasa undang-undang.

Sifat Pemimpin :
  1. Berani berhadapan dengan masalah dan menghadapi risiko serta mempunyai daya juang yang tinggi.
  2. Melaksanakan perkara yang diperlukan oleh organisasi walaupun kadangkala tidak disukai oleh orang bawahan.
  3. Mempunyai pandangan jauh kehadapan.
  4. Tahu jangkamasa dan batas bagi sesuatu perkara yang dilakukan.
  5. Mengetahui bila harus meneruskan sesuatu tindakan dan sedar setakat mana tindakan itu boleh dilaksanakan.
  6. Menjadi penggerak melalui motivasi yang mampu menjadi dorongan.
  7. Bersikap terbuka dan fleksibel.
  8. Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
  9. Mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek yang jelas dalam mentukan halatuju organisasi.
  10. Bersedia mendengar idea orang lain.
  11. Sering menilai diri sendiri untuk tujuan melihat kekuatan diri dan kelemahan diri yang perlu dibaiki.
  12. Bersikap terbuka dan positif terhadap idea baru.
  13. Bersedia melakukan penghijrahan minda.
Hah, bila dah baca semua2 ni, apa yg anda dapat? Ada x sifat-sifat macam ni dalam diri anda?
Kalau ada kekalkan, kalau xde boleh ditambahkan...

Utk paparan akan datang, sy akan ceritakan mengenai kualiti kepimpinan...

Akhir kata, selamat menjadi pemimpin kepada diri sendiri seterusnya untuk masyarakat..

P/s : PEMIMPIN..................SAYA!!!

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2009

KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2009


Anjuran

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Biro Pembimbing Rakan Sebaya, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-44


TARIKH : 29 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009

TEMPAT : SANGGAR SRIKANDI, KAMPUNG SISEK, MERSING, JOHOR


Peserta : 52 orang

Pensyarah : 8 orang

Urusetia : 1 orang

Fasilitator : 14 orang


Aktiviti Yang Dijalankan :

1. Ice Breaking

2. Ceramah 1 : Budaya Kerja Berpasukan

3. Ceramah 2 : Peranan Kepimpinan

4. Ceramah 3 : Pemimpin dalam Pengurusan Stress dan Komunikasi Berkesan

5. Ceramah 4 : Pemimpin dan Personaliti

6. LDK 1 : Team Building & IQ test

7. LDK 2 : IPG Idamanku

8. Dinamik Game 1 : Istana Pasir

9. Dinamik Game 2 : War Game

10.Dinamik Game 3 : Lautan Asid

11. Burung Hantu & Kembara Malam

Ulasan :

  1. Makanan yang sangat sedap disediakan oleh pengusaha resort.
  2. Kemudahan penginapan peserta yang perlu dipertingkatkan.
  3. Pelbagai aktiviti menarik yang telah direka khusus untuk meningkatkan jati diri peserta.
  4. Ceramah yang lengkap dan sesuai mengenai kesemua aspek berkaitan dengan kepimpinan dan perlu dipelajari oleh semua orang.
  5. Kem kepimpinan ini diharapkan dapat mengasah bakat kepimpinan dalam diri dan jiwa setiap individu yang menyertainya.
  6. Kem yang memerlukan ketahanan emosi, fizikal, dan mental yang tinggi daripada pelajar.
  7. Pensyarah pengiring yang menitikberatkan kebajikan pelajar.
  8. Fasilitator yang komited terhadap tugas.
  9. Peserta yang sentiasa memberikan komitmen yang baik.

_______________________________

Penghargaan Kepada :

PENSYARAH

En. Mohd Mohtari Bin Mesron

En. Razali Bin Othman

En. Mohd Khalid Bin Hassan

En. Norizan Binti Ghazali

Tuan Haji Hassan Bin Haji Kudus

Tuan Haji Othman Bin Mustaffa

Puan Zaiton Binti Jaafar

En. Mazlan Bin Mohd Sanip


URUSTEIA

Puan Salmah Binti Abdul Aziz


RAKAN-RAKAN FASILITATOR


Hairy, Aswad, Amir, Muzamil,

Fakhrullah, Malek, Hazwan, Shamsul,

Syaiful, Hazwani, Syafik, Faris, dan Zairi


PESERTA-PESERTA KURSUS


PENGUSAHA RESORT

Dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung sepanjang kem ini berlangsung selama 4 hari, 3 malam.

_Semoga kem ini dapat mencapai objektif yang diimpikan seperti yang termaktub di dalam kertas kerja_

...InsyALLAH...

Rabu, 4 November 2009

Apa dah jadi??


Inilah suasana dan kondisi blog aku skrg..

bersawang
berhabuk
dibiarkan sendirian
tanpa pengemaskinian
sungguh menyedihkan
macam dalam gambar

Apa boleh buat, keadaan x mengizinkan untuk aku setia dengan blog..
lebih-lebih lagi skrg musim exam

InsyAllah kalau ada masa aku akan tros aktif bersama Ojo Lali Mampir..

Doa Best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka