- MQA bertujuan untuk memberikan standard pengiktirafan kepada kursus yang ditawarkan oleh semua institusi pengajian tinggi.
- Penilaian diadakan secara berterusan (on-going process).
- PISMP merupakan antara program terbaru yg diwujudkan oleh IPGM dan perlu mendapat standard pengiktirafan daripada MQA.
- Bagaimana jika kursus PISMP kita ini tidak diiktiraf standard kelayakkannya? Jika perkara itu terjadi, maka pelajar PISMP tidak boleh mengikuti pengajian sama ada pada peringkat sarjana atau doktor falsafah di universiti dalam mahupun luar negara.
- Pada 6 Oktober ini IPGM KTI akan didatangi oleh wakil dari MQA dan mereka akan bertanyakan soalan secara rawak kepada guru pelatih.
- Antara soalan yang gemar ditanya adalah apa bezanya @ lebihnya program anda ini (PISMP) berbanding dengan program pendidikan di universiti?
- Fikir-fikirkanlah apa jawapannya dan cuba berikan jawapan yang positif dan membina mengenai PISMP.
Anda pengunjung blog ke :
Rabu, 30 September 2009
Demam MQA
Selasa, 29 September 2009
Perabot Mewahku...
Hari Raya di KL... (Kampung Londang)
Ahad, 27 September 2009
Rabu, 16 September 2009
Lagu Raya Pilihan
Lebaran Ini
Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini
( 1 )
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa
Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..
( korus )
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..
( ulang dari 1 )
Selasa, 15 September 2009
Kursus PRS
Ahad, 6 September 2009
Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan
"Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kamu bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini nafas-nafas kamu menjadi tasbih, tidur kamu ibadah, amal-amal kamu diterima dan doa-doa kamu dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kamu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kamu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kamu pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kamu dengar.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kamu untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kamu tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kamu berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.
Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.
Wahai manusia!
Siapa saja di antara kamu memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui siratul mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain.
Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kamu. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kamu agar tidak pernah menutupkannya bagi kamu. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kamu untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kamu. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kamu.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.
Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.
Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kamu perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kamu perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.
Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]
Mari Belajar Bahasa Jawa -Siri 4
Apa Ada Pada......Kalau.....
Apa Ada Pada NAMA Kalau tak diberi makna
Apa Ada Pada KUASA Kalau bertindak ikut rasa
Apa Ada Pada PEMIMPIN Kalau terpaksa dipimpin
Apa Ada Pada KEKUATAN Kalau menjadi kejahatan
Apa Ada Pada MISI Kalau tak menjadi realiti
Apa Ada Pada VISI Kalau ia menjadi sangsi
Apa Ada Pada GURU Kalau ia menjadi kelabu
Apa Ada Pada PELAJAR Kalau ia menjadi kurang ajar
Apa Ada Pada HATI Kalau ia membawa mati
Apa Ada Pada RASA Kalau ia membawa binasa
Apa Ada Pada AKAL Kalau sering disangkal
Selasa, 1 September 2009
Salam 1 Malaysia
Terapi Warna
Warna | Personaliti diri | Bila perlu guna… | Jangan guna bila.. |
Merah | Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil,yakin pada diri sendiri & mudah mesra | Apabila kita rasa letih @ keadaan fizikal yang lemah.Apabila bersendirian & rasa tidak selamat | Sedang marah, rasa lebih agresif @ aktif & memerlukan rehat yang cukup |
Kuning | Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas,pemikiran yang tenang, bertenaga & bersemangat | Apabila menderita akibat tekanan mental & hendak membuat keputusan muktamad.Apabila rasa berdebar-debar & takut. | Rasa penat, ingin berehat & mahu kelihaan lebih agresif |
Hijau | Warna flora & fauna.Kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut & sedikit sensitif | Apabila kita bimbang & memerlukan ketenangan .Apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah & meningkatkan daya sensitiviti serta rasa sunyi | Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam |
Biru | Kita sentiasa mengekalkan eksperi diri , komunikasi yang baik,bijak bertindak & tahu tanggungjawab diri | Semasa kita ingin menikmati ketenagan mental & emosi.Apabila kita berada dalam keadaan terperanjat & tidak dapat menyuarakan isi hati serta rasa malu | Rasa menggeletar dan sejuk |
Oren | Meningkatkan lagi fizikal & emosional .Memberi ketenangan & menaikkan nafsu makan | Bagi ransangan tenaga, semasa bosan & tertekan.Apabila kita rasa gembira , ceria & ingin keseronokan | Apabila kita cenderung bersikap suka menyoal, sedang marah & ingin merehatkan diri |
Ungu | Mencerminkan kreativiti, idea, kebolehan dalam seni & bersikap ideal & inovatif | Semasa memerlukan inspirasi.Apabila rasa tertekan & hilang keyakinan diri | Kita rasa malu & terasing |
Siapa Anda Dalam Ahli Keluarga
Unsur | Tanah | Air | Api | Angin |
Urutan dalam keluarga | 1 | 2 | 3 | 4 |
5 | 6 | 7 | 8 | |
9 | 10 | 11 | 12 |
Unsur | Sifat manusia |
Tanah | |
Air | |
Api | |
Angin | |