Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 24 Ogos 2009

Ramadhan...



Hari ini sudah masuk hari yang ke-3 kita berpuasa dan insyAllah kita bakal menyambut Hari Raya AidilFitri pada 20 September 2009.

Sudahkah anda mebeli tiket bas untuk pulang berhari raya? Sudahkah anda menempah baju raya? Sudahkah anda membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya?

Persoalan itu adalah terlalu awal dan sebenarnya kurang sopan untuk dibincangkan dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sebaliknya marilah kita bertanyakan pada diri sendiri:
  1. Apa amalan yang aku nak pertingkatkan dalam bulan Ramadhan ni?
  2. Apa ibadah tambahan yang aku boleh buat?
  3. Apa tabiat buruk yang perlu aku buang?
  4. Aku dah niat puasa belum?


Persoalan-persoalan inilah yang seharusnya perlu berlegar dalam kepala kita terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Antara perkara sunat dalam puasa:

  1. Bersahur
  2. Melewatkan sahur
  3. Segera berbuka (dgn kurma atau air dan membaca doa)
  4. Tidak bersugi selepas tengahari
  5. Banyakkan sedekah
  6. Banyakkan tadarus Al-Quran
  7. Banyakkan i’tikaf (bangun dan beribadat pada waktu malam)10 hari terakhir Ramadhan

Adab-adab berpuasa:

Jaga penglihatan, pendengaran.

  1. Menjaga lidah dan mulut. Sebaiknya diam dan banyakkan berzikir.
  2. Jaga tangan dan kaki daripada berbuat perkara yang sia-sia.
  3. Jangan makan makanan yang tidak halal.
  4. Sederhana ketika berbuka
  5. Selepas berbuka, perlu ada perasaan bimbang jika amalan tidak diterima kerana kecuaian dan berharap amalan akan diterima dengan kemurahan Allah.


* Semoga Ramadhan kita pada kali ini adalah yang lebih baik berbanding yang lepas..InsyAllah...




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka