Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 14 Julai 2009

KEMBARA ADAT


Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGM Zon Selatan
2009/2010

Tempat : Coco Bay Condo Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh : 3-5 Julai 2009

Ok, skrg sy nk terus zoom in pada aktiviti Kembara Adat yang diadakan pada hari Sabtu, 4 Julai 2009 di Istana Seri Menanti... ZAsssssSS!!

Aktiviti ni lain daripada yang lain kerana dari sinilah kami telah mempelajari adat dan budaya orang lain iaitu adat Perpatih. Kumpulan saya telah diberi tugasan untuk mencari apa itu..

'Perbilangan Adat Perpatih'

Setelah kami puas meronda dan meninjau istana ni, akhirnya... kekecewaan yang kami jumpa..
Tidak ada sedikit pun pameran di muzium istana Seri Menanti itu yang ad kaitan dgn perbilangan adat.

Akhirnya kami memutuskan untuk menemuramah sesiapa shj yg ada kat istana 2...

Muzium Istana Seri Menanti

Pemandangan dari atas halaman Istana Seri Menanti (diambil dari bahagian hadapan tingkat paling atas Istana Seri Menanti)


Akhirnya, terjawab la semua persoalan...

Perbilangan adat perpatih ni adalah cara percakapan yang indah dan digunakan dalam komunikasi seharian pengamal adat perpatih.. Perbilangan adat perpatih ini juga sangat ditekankan dalam pengacaraan majlis terutamanya di Negeri Sembilan.

CONTOH:

Jika ada org menjemput kita utk pergi ke majlis kendurinya.. Kita akan menjawab..

" Dijomput, datang. Disuguh poie. "

Jika menerima orang semenda
Kalau cerdik hendakkan rundingan
Kalau bingung disuruh arah
Menjemput yang jauh menghimpun yang dekat
Kalau kuat dibubuhkan di pangkal kayu
Kalau tegap buat penopang
Kalau lembik buat pengempang
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau kaya hendakkan emasnya
Kalau patah buat penghalau lembu
Kalau buta penghembus lesung
Kalau pekak pembakar bedil

(Kutipan Zaaba)

ADAT TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS
GEMUK BERPUPUK, SEGAR BERSIRAM, DIANJAK LAYU DICABUT MATI.
NEGERI BERPAGAR UNDANG, KAMPUNG BERPAGAR PUSAKA
ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI KITABULLAH
ADAT DIKELEK, SYARAK DIJUNJUNG
SYARAK MENGATA, ADAT MEMAKAI
PADA ADAT MENGHILANGKAN YANG BURUK, MENIMBULKAN YANG BAIK
PADA SYARAK MENYURUH BUAT YANG BAIK, MENEGAH BUAT YANG JAHAT
PERTAMA KATA ALLAH
KEDUA KATA RASUL
KETIKA KATA PUSAKA
KEEMPAT KATA TUA MUAFAKAT
KELIMA KATA BETEROMBA
KEENAM KATA BERSALSILAH

Dipendekkan cerita, perbilangan adat ni adalah pengucapan (bilang) sama ada dalam bentuk peribahasa, pepatah, pantun, dll..
Yang penting semuanya nampak indah, bergaya, sopan, dan penuh dgn kiasan..



Krew Kembara Adat Kumpulan 1 yang sedang menggembling tenaga menyempurnakan tugasan.

AKHIRNYA, MISI TERCAPAI!! JOM BALIK...!
Opss, sebelum 2.. Kami pergi melawat Makan Diraja dan Teluk Kemang dulu...

1 ulasan:

s 3: (r) berkata...

siapa yg mmbenarkan tuan hamba snapshot istana beta nih???..murka nih!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka