Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 8 Mac 2013

Cara Membuat Selusuh Air

Assalamualaikum... Selamat berhujung minggu buat semua.

Pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan khas untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Para bapa juga boleh baca dan ambil tahu.

Sebelum ni tengok akak-akak saya yang nak bersalin mesti cari air selusuh, minyak selusuh, telur ayam kampung dan sebagainya. Tapi saya tak pernah tanya kenapa dan untuk buat apa. Biasalah, tak ada kepentingan buat apa saya sibuk-sibuk nak tanyakan? Huhu..

Tapi sekarang, saya kenalah ambil tahu hal-hal sebegini kerana saya juga telah mula memerlukannya.

Selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu dengan memohon kepada Allah agar kita diberikan kekuatan sepanjang proses kelahiran. Ayat-ayat dan doa-doa terpilih  berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.

Cara membuat sendiri selusuh air :

  1. Menyediakan air kosong (sebaik-baiknya air zam-zam). Minyak kelapa juga boleh digunakan.
  2. Air tersebut dibacakan surah Al-fatihah.
  3. Dibacakan selawat Syifa'.
  4. Dibacakan surah al-Hasyr ayat 21-24.
  5. Dibacakan doa selusuh : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang mengasihani dari segala-galanya."
  6. Dibacakan doa dipermudahkan :"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin."
  7. Nota kaki : air selusuh yang terbaik adalah disediakan oleh suami anda sendiri. (^_^)

Sekian, selamat menyediakan air selusuh sendiri dan sentiasalah berdoa kepada Allah moga segala urusan dipermudah olehNya. InsyAllah.


Sumber Pembacaan : Majalah Pa & Ma Edisi Mac 2013

1 ulasan:

bangibookseller berkata...

Visit us for english novels and children's books... JohnGrisham, James Patterson, Sophie Kinsella, Cecelia Ahern, etc... Ask for discounts.
http://bangibookseller.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka