Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 2 April 2012

Kenali SK Kapit (Bhg III)


SEJARAH SEKOLAH DAN LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Kapit,telah dibuka untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pada 14 Jun 2004. Pelajar-pelajar yang dipindahkan di sini adalah pelajar-pelajar yang dipindahkan dari SK Methodist, Kapit dan SK Kampong Baru, Kapit. Seramai 640 pelajar dan 33 orang guru telah menjadi warga sekolah ini pada tahun pertama sekolah beroperasi. Pada masa itu, kelas yang beroperasi adalah dari tahun satu hingga tahun lima sahaja.

Bermula dari tahun 2005, sekolah ini mula beroperasi penuh. Pada tahun 2006 pula, sebuah kelas Prasekolah telah dibina dan enrolmen untuk Prasekolah bermula pada tahun 2007. Pada tahun 2009, sekolah telah dilengkapi dengan sebuah Kelas Pemulihan, sebuah pusat akses, dan sebuah makmal komputer baru.

Sekolah ini dilengkapi sebuah blok pentadbiran, sebuah bilik guru, 24 buah kelas biasa, 2 buah makmal sains, sebuah bengkel Kemahiran Hidup berserta stor, sebuah bilik Pendidikan Seni, sebuah Bilik Muzik, dua buah makmal computer, sebuah bilik APD, sebuah bilik kaunseling, sebuah bilik rawatan, sebuah bilik Pendidikan Agama Islam, sebuah kafetaria untuk makanan bermasak, sebuah kantin, dua buah asrama, dan sebuah surau. Bangunan tambahan pada tahun-tahun berikutnya adalah sebuah kelas Prasekolah. Seterusnya adalah sebuah bilik yang dinaik taraf menjadi Bilik Pemulihan dan sebuah bilik lagi yang dinaik taraf sebagai Pusat Akses. Di samping itu, sebuah gelanggang serbaguna dan sebuah padang bola sepak turut dibina.

Kini, Sekolah Kebangsaan Kapit juga menjadi tempat beroperasi bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Pejabat Pelajaran Daerah Kapit dan juga sebagai pusat utama rawatan pergigian daerah Kapit yang menempatkan jururawat pergigian untuk semua sekolah di daerah Kapit.

Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Berendam Anak Sana, yang masih menjawat jawatan tersebut sehingga ke hari ini. Sebelum dipindahkan ke sekolah ini, beliau bertugas di SK Nanga Ibau, Kapit. Penolong Kanan Pentadbiran ialah Encik Reginald Iggan Solo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Puan Mary Nabau, sementara Penolong Kanan Kokurikulum adalah Puan Seniah Binti Othman. Penolong Kanan Pentadbiran pertama sekolah ini adalah Puan Nilawati Omar. Manakala Encik William Lasah merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang pertama dan Puan Amoi Igang selaku Penolong Kanan Kokurikulum SK Kapit yang pertama.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka