Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 12 Februari 2012

Kapit, Sarawak

31 Januari 2012 :
Bertolak ke Seremban. Tidur semalaman di rumah kakak.

1 Feb 2012 :
  • Menaiki Pesawat MH 2712 pada jam 8.20 pagi di KLIA.
  • Ops!! Pesawat rosak! Turun balik....
  • Naik pesawat MH 757 pada jam 10.30 pagi.
  • Sampai di airport Sibu, Cikgu Ramos dari PPD Sibu jemput saya dan seorang lagi rakan.
  • Menuju ke jeti Sibu.
  • Beli tiket bot ekspress dengan harga RM25.00, 2nd class.
  • Sampai jeti Kapit. Disambut oleh PPM SK Kapit.
  • Menumpang di rumah warden.

2 Feb 2012 :

  • Melapor diri kepada guru besar SK Kapit, En Berendam Ak Sana
  • Mengajar subjek Bahasa Inggeris kelas 2B, 3C, 4C, 5D. Jumlah masa : 30
  • Menjadi guru kelas 3C, Setiausaha PBSM, guru kelas tambahan, penasihat doktor muda dan bola tampar.

11 Feb 2012 :

  • Berpindah ke kuarters guru, tingkat 4. Berjiran dengan Waiwai (nama anjing Hush Puppies)
  • Berkongsi membeli sebuah motorsikal Modenas MR1.

12 Feb 2012 :

  • Menjelajah ke pekan Kapit.
  • Meninjau pasar Kapit dua tingkat.

1st class = RM30.00
2nd class = RM25.00
3rd class = RM20.00
Ada yang direct Sibu Ke Kapit
Ada yang Sibu-Song-Kapit
Ada yang singgah setiap jeti yang ada orang tahan.
Beza setiap kelas? Aku pun tak nampak apa yang beza.. sama je..haha

Di Jeti Sibu (Waf) bersama penduduk baru Sibu aka BACARZ

Jeti Utama Kapit, Sarawak. Ada banyak lagi jeti yang kecil-kecil. Jeti Belaga dan lain-lain.


Ni sekolah saya!! SK Kapit, Kapit, Sarawak. Sekolah batu paling baru di sini.

Sekali pandang macam Cameron Highland. Rupanya Kapit daaaaaa.... Hehe


Masih baru di sini dan sedang cuba membiasakan diri.
Semoga saya dapat menguasai Bahasa Iban dengan cepat supaya dapat mengajar Bahasa Inggeris dengan lebih efektif.. Boleh ke? Errkk...

Sekian, jumpa lagi. =)

6 ulasan:

Cik Puan Madi berkata...

Macam mana kehidupan baru?

Nurul Hidayah Isnin berkata...

masih tgh biasakan diri..
kalau hari tu blur.
skrg dah kurang sikit.
lama2 pun seronok la jugak.huhu

fathinaina berkata...

deqyah, ramai ke student kat sekolah tu? jauh ke kapit ngan sibu tu? excited plak ak bc citer ko ni..hehe

Nurul Hidayah Isnin berkata...

ramai aina..sek plg bsr.. ada 600 lbh.
sibu ke kapit 3 jam naik bot. x ada jln darat.
nnt aku update cte2 lain lg ya.
kalau smpt. InsyAllah =)

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Salam..

Wahhh dihantar bertugas pedalaman. Ada line internet tak..bestnya. Jadi warga Bumi Kenyalang. Peluang terbesar untuk menabur bakti & menyampaikan idea-idea hebat cikgu. Selamat bertugas !

Nurul Hidayah Isnin berkata...

wlksmlm..Alhamdulillah, diberi peluang utk menjejak kaki di sini.
Dulu x pernah bermimpi lgsg utk ke srwk.
Harap2 begitulah. Sini x berapa pedalaman.masih ada lg kwsn yg lagi dalam. Ap2 pun syukur sahaja yg mampu dipanjatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka