Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 2 Januari 2012

Kek Marble



Bahan-Bahan (Mengikut Ukuran Sebenar) :
  1. 10 bij telur
  2. 2 cawan gula kastor
  3. 3 cawan tepung gandum (digoreng dan diayak)
  4. 2 cawan majerin
  5. 4 sudu kecil Baking Powder
  6. Pewarna kuning
  7. Coklat Van Houten
  8. Satu sudu esen vanilla.

Cara-Cara:
  1. Pukul gula dan majerin sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul hingga kembang, ringan, putih, dan gebu.
  3. Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan adunan kepada dua.
  5. Adunan pertama di gaul dengan pewarna kuning.
  6. Adunan kedua digaul dengan serbuk coklat van houten.
  7. Alas loyang dengan kertas mengikut bentuk loyang.
  8. Masukkan adunan kuning selapis dan ratakan.
  9. Masukkan adunan coklat selapis dan ratakan.
  10. Ulang sehingga kesemua adunan habis.
  11. Hentak dengan penuh keayuan sebanyak 2/ 3 kali.
  12. Bakar sehingga masak. (lebih kurang 45 minit)
  13. Cucuk ditengah-tengah kek menggunakan lidi bersih. Jika ada adunan yang melekat, maka kek itu masih belum masak.
  14. Potong dan hidang untuk makan-makan.


Resepi ini telah diturunkan oleh emak kepada saya. =)

Resepi di atas adalah untuk adunan bagi kek yang menggunakan saiz loyang yang besar.

Sebagai percubaan, saya telah menyeparuhkan kesemua sukatan di atas.

Saya hanya menggunakan loyang yang kecil dan beberapa cawan kertas yang comel 'sangat'.

Berikut merupakan laporan bergambar saya.

Adunan yang telah dibahagikan kepada dua bahagian.





Adunan diletak selapis demi selapis berselang-seli.



Hasil kek yang siap dibakar.


Kek yang telah dipotong secara simetri.


Adunan yang dimasukkan ke dalam cawan kertas.



Nah, hasilnya!

Ia juga digelar zebra cake oleh rakan-rakan saya.

Akan tetapi, demi menghormati resepi kek yang telah diperturun oleh emak,
maka saya akan terus mengekalkan nama

KEK MARBLE.

Sekian, selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka