Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 31 Ogos 2010

Kek Batik

Intro :
Seusai sahaja kuliah jam 12.15 tgh, aku telah mengajak kawan sekelasku ke Landmark, Plaza Larkin, dan lokasi terakhir kami iaitu Mydin. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk membeli barang-barang yang dikirim oleh adik beradik dan juga barang keperluan diri sendiri.

Sesudah membuat pilihan barangan di Mydin, aku terlihat mentega berjenama "Buttercup" di peti ais Mydin seolah-olah menggamit aku untuk mendekatinya. MasyAllah, baru aku teringat bahawa aku telah berjanji dengan rakan-rakan untuk membuat kek batik bersama-sama mereka.

Sebelum ni, mmg tak pernah pun buat kek batik.Tapi aku sgt suka kek batik.
Maka pada petang tersbut juga lah aku belajar buat kek batik. Alhamdulillah, dah pandai la juga buat kek batik. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan "program ketuk-ketuk kek batik" pada petang itu.

Berikut adalah bahan-bahannya:

1) Mentega
2) Gula
3) Milo
4) Susu
5) Telur
6) Biskut Marrie

Di sini aku telah mengeksperimentasikan dua produk kek batik yang mempunyai kandungan komposisi bahan yang berbeza.

Kek Batik Edisi 1:
1) 1/2 mentega + 3/4 gula dimasak dahulu.
2) Secawan serbuk milo
3) 1/4 cawan Susu
4) 2 biji telur
5) Masukan biskut marrie yang telah dihancurkan
6) Masukkan adunan ke dalam bekas dan dipadat-padatkan.

Hasil : Kek batik lebih rangup dan tidak lembap. Warna coklat milo kelihatan lebih pudar.


Kek Batik Edisi 2:
1) 1/2 mentega + 1/4 gula dimasak dahulu.
2) Secawan serbuk milo
3) 3/4 cawan susu
4) 1 biji telur
5) Masukkan biskut marrie yang telah dihancurkan
6) Masukkan adunan ke dalam bekas dan dipadat-padatkan.

Hasil : Kek batik lebih lembap. Warna coklat milo kelihatan lebih pekat.

Kesimpulan :
Kedua-duanya sama sedap mengikut cita rasa orang yang memakannya.
Ada yang suka rangup, ada yang suka lembap.
Ini bukan puji diri sendiri tetapi berdasarkan testimoni daripada rakan-rakan yang dah makan.
Segala penambahbaikan atau perubahan resepi boleh dibuat untuk meningkatkan kualiti kek batik yang dihasilkan.

P/s: penulis sedang bercita-cita untuk menyediakan kek batik untuk juadah Hari Raya Aidilfitri.

5 ulasan:

Ila Aqilah berkata...

haha..program ketuk-ketuk kek batik..i like! pasni kite amik order dekyah..

dya ilham berkata...

Ekekeke.nape post ni macam cerpen ea?

anisyud_01 berkata...

ooh..sila ambil perhatian:
KEK BATIK ko mashyuuuk woook!
i liiiiiiiiiiiike vry2 much..
bru 1st tyme ko wat?tyme pose lak tuh???waah tgn chef ko nih!

Nurul Hidayah Isnin berkata...

qla:boleh2,stat kira k0s bhn mentah dlu..
Dya:pasni ad sjak kek btk lak. 2gu ak kuakn bku antalogi nti.
Anis:besar pujian 2. T'haru. Tima kasih jg krn mkn dan mengulas ksdpn kek btk tu..

Nurul Hidayah Isnin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka