Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 29 Mei 2009

JUMAAT yang penuh berkat.

Di antara kebesaran dan kelebihan hari Jumaat::

  • Penghulu segala hari.
  • Dijadikan bapa segala manusia iaitu Adam ‘alaihissalam.
  • Segala doa dan permintaan akan dikabulkan

Rasulullah bersabda yang maksudnya :“Sesungguhnya hari Jum‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sis Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • Hari pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada umat Islam baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kelebihan orang yang berwudhu di rumahnya kemudian pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jum‘at dalam sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka