Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 15 Julai 2011

Senyum

"Senyum..Tak perlu kata apa-apa..."

Lagu ini semacam satu fenomena dalam industri muzik.
Di mana semua orang mula meminati dan menggunakan lagu ini dalam pelbagai situasi.

Sebagai contoh :

1) Kena marah
2) Dapat arahan yang tak boleh ditolak
3) Kena ulang semula tugasan
4) Jumpa orang yang tak dikenali

"Senyum..Tak perlu kata apa-apa..."

Ha...kalau nyanyi lagu ni kan dah boleh senyum semula.. ^_^ InsyAllah..

Maka dengan ini, saya ingin berkongsi 3 jenis senyum yang telah saya peroleh
melalui ceramah dalam Program Motivasi Jati Diri 2011 yang dianjurkan oleh rakan internship dan saya sendiri di SK Sri Tebrau.

Ceramah untuk semua murid Tahun 5 ini telah disampaikan oleh saudara Mohd Faizal Bin Dolah. pengurus WOW Coaching. Terima kasih.


SENYUM SATU

Cuba anda sebut nombor satu.
Lihat wajah anda pada cermin.
Fokuskan kepada bentuk mulut anda.
Anda akan lihat hasilnya seperti ini......


Ya! Mulut anda sedang memuncung!
Ini bermakna anda tidak senyum..
Kurangkan gaya senyum satu ini.
Supaya wajah anda akan kelihatan muda.
Anda juga akan mudah mendekati dan didekati masyarakat tanpa senyum satu.
Selain itu, hari anda akan menjadi murung dengan senyum satu.



SENYUM DUA

Cuba anda sebut nombor dua.
Ulang langkah-langkah di hadapan cermin.
Beginilah hasilnya....

Ya! Senyuman dengan tidak ikhlas!
Ramai yang suka menggunakan senyuman ini.
Tahukah anda senyuman itu adalah sedekah?
Tambahkan lagi keikhlasan dalam senyuman.
Supaya hari anda seceria senyuman.



SENYUM TIGA

Cuba anda sebut nombor tiga.
Ulang langkah-langkah di hadapan cermin.
Pastikan hasilnya adalah seperti ini......



Ya! Anda sedang senyum dengan penuh keceriaan!
Anda berjaya menceriakan hari anda
dan orang-orang disekeliling anda.
Anda juga akan kekal awet muda.
Namun berpada-padalah dengan senyuman.
Kerana Nabi Muhammad juga menyuruh kita
besederhana dalam setiap perbuatan.



Senyum SATU? DUA? TIGA?
Semuanya terpulang kepada anda untuk memulakan hari dengan senyum yang bagaimana.
Saya cuba pilih untuk senyum TIGA.
Anda pula macam mana?



Akhir kata, "Senyum..Tak perlu kata apa-apa..."

Khamis, 7 Julai 2011

Ragam Ke Sekolah

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca paparan pada kali ini.

Minggu ni adalah minggu pertama saya menjalani Program Internship di sekolah.

Seperti biasa..menjadi guru ganti adalah tugas normal dalam kalangan guru.

Dan pada minggu ini, saya dan rakan praktikum telah diberi peluang untuk menjadi guru yang bertugas.

Antara wilayah jagaan guru bertugas adalah dewan, kantin, pintu pagar, dan koridor sekolah.

Saya kecilkan lagi fokus kepada kawasan pintu pagar sekolah.

Pintu pagar sekolah laluan murid akan ditutup pada pukul 7.20 pagi dan 1.45 / 1.15 tengah hari.

Maka, jika murid lambat, mereka terpaksa melalui pintu pagar utama.

Hal ini, berikutan dengan kes penculikan yang semakin merisaukan masyarakat setempat.

Banyak ragam yang telah lihat pada setiap pagi, iaitu ketika murid sampai di sekolah.
Antaranya adalah :


Situasi 1 : Murid murung, ibu bapa ceria.



Kadang-kadang ada ibu bapa yang terlebih seronok menghantar anak ke sekolah.
Ada yang melambai dengan gembira... cium pipi, dahi anak-anak.. Siap bagi kata-kata semangat.
Tapi lain pula dengan anak mereka..
Yang si anak pula mukanya murung sahaja. Macam nak nangis pun ada..
Tak seronok ke pergi ke sekolah?



Situasi 2 : Murid ceria, Ibu Bapa murung



Yang kes macam ni berbeza pula dengan situasi satu.
Yang emak bagi pesanan macam-macam.. tak sanggup nak lepaskan anak.
Ada yang sampai tunggu anak dia hilang dari pandangan mata...baru dia balik.
Muka sang ibu penuh dengan kerisauan dan kesedihan.
Yang anak pula.. bukan main gembira nak ke sekolah..
Tak toleh belakang pun lambai kat mak dia. Ish3..


Situasi 3 : Beg bersaiz gergasi



Yang ini nak ketawa pun ada..
Tapi kesian lagi banyak lah..
Budak darjah satu..
Tapi beg 2 kali ganda dari saiz badan dia.
Kadang-kadang nak kejarkan takut pintu pagar tutup...sampai tergolek-golek sebab beg berat sangat..
Kan lagi bagus kalau susun buku dalam beg ikut jadual esok.. (bukan jadual seminggu).
Comelnya mereka...



Situasi 4 : Beg roda ala-ala bagasi.



Beg yang macam ini selalunya dimiliki oleh murid perempuan.
Selalu beg tu mesti warna PINK, ada gambar Barbie doll.
Lepas tu kalau nak melintas jalan tu, dia tarik beg macam tengah jalan-jalan kat dalam airport je..
Macam bersiar-siar.. Lain kali boleh jalan laju sikit tak?
Walau bagaimanapun, muatan beg masih lagi sama iaitu mengandungi buku-buku mengikut subjek selama seminggu. Hehe..bergaya sungguh dengan bagasi mereka..


Situasi 5 : Budaya menyapa dan menyalam guru.

Saya seronok dan teruja dengan budaya ini.
Apabila sampai di pagar sekolah, mereka akan mengucapkan salam hormat kepada guru dan menyalam guru.
Tapi kalau murid tahun satu, mereka lebih suka 'tangkap' je tangan cikgu, salam, cium tangan, dan beredar dengan muka tak berperasaan.. haha..macam-macam.
Apa-apa pun diharapkan agar sikap ini dapat diamalkan secara berterusan.


Dahulu, saya ke sekolah berjalan kaki sahaja, kerana sekolah hanya di seberang jalan.
Kadang-kadang ada akak atau abang yang tawarkan diri nak hantar.
Ada juga ke sekolah berbasikal, tapi boleh dibilang dengan jari (sebab ada kes).
Anda pula bagaimana?

Ada banyak lagi situasi lain ketika ke sekolah yang mungkin kita sendiri pernah lihat dan alami.
Dan saya percaya, waktu di sekolah adalah kenangan terindah kita semua. ^_^

Sekian...


P/s : Macam mana muka aku masa pergi sekolah dulu-dulu agaknya..?

Ahad, 3 Julai 2011

Hello Kitty Contest

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama tidak menyertai peraduan atau slot tag, mentag, ditag dalam Blog.

Maka sebagai memenuhi harapan dan permintaan roomate saya Fatin Noorain Maslan,

maka saya bersetuju untuk menyertai peraduan ini.



Klik kat gambar ini untuk terus ke tuan empunya peraduan.




haaaa.....ini lah dia haiwan peliharaan anak buah saya.
Nama adik manis (baju pink) ni Nur Hanani Binti Muhammad Yani.
Dia memang pencinta haiwan.

Lain pula kes dengan adik dia yang kat belakang tu (baju hijau).
Nama dia Nur Amani Binti Muhammad Yani.
Dia memang suka haiwan peliharaan..
Suka tang mana?
Suka menjinjing telinga haiwan sambil membawa bersiar-siar..
Urgh...sungguh kejam kan?

Nak tag orang..tapi semua sibuk Internship.
cuba je lah.
Saya secara rasmi ingin menge'tag'
Anis Syud
dan
Aqilah Hamzah
dan
Malek Abdillah

Kalau anis, qilah, dan malek buat...
saya akan doakan mereka berjaya dalam Internship. Amin..

Sekian....

Jumaat, 1 Julai 2011

Ulasan Buku -111 Wasiat Rasulullah S.A.W


Sedang berjalan-jalan di kedai buku BADAN, Angsana.
Tiba-tiba saya terjumpa dengan buku ini.



Tajuk : 111 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita Solehah
Penulis : Drs. Kasmuri Selamat (mesti orang Jawa nih!)
Penerbit : Jasmin
Harga : RM 10.00


111 Wasiat Rasulullah iaitu :

Wasiat 1

TAAT KEPADA SUAMI

Rasulullah SAW bersabda:

"Jika seseorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan dia taat kepada suaminya, maka akan dipersilakanlah ia masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki" (HR.Ahmad dan Thabrani)

Seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika dia sudah bersuami, maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri bapa dan ibu serta keluarganya yang lain.



Hanya sedikit sedutan sahaja yang dapat dipaparkan.
Sebagai promosi..
Wasiat ke 2 hingga ke 111 bolehlah dibaca seterusnya di dalam buku ini.


Sekian, selamat membaca.

Memberi Salam

6 Hak Seorang Islam :

  1. Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
  2. Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir).
  3. Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
  4. Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan).
  5. Jika dia sakit, maka ziarahilah.
  6. Jika dia mati, maka iringilah.

Melalui keenam-enam hak seorang Islam ini, maka jelaslah bahawa memberi salam dan menjawab salam adalah hak kita sebagai orang Islam.

Dalam agama-agama lain juga ada cara tersendiri untuk cara memberi salam.

Bergembiralah kerana kita juga ada cara yang tersendiri untuk meberi salam.
Iaitu Assalamualaikum : Selamat sejahtera ke atas kamu.





Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:
  1. Ketika berjumpa muslim.
  2. Ketika beredar daripada orang ramai.
  3. Ketika pulang ke rumah.
  4. Ketika masuk ke rumah yang kosong.
  5. Ketika masuk ke dalam masjid atau surau yang kosong.

Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:
  1. Berada dalam tandas.
  2. Sedang makan atau berperang.
  3. Sedang membaca Al-Quran.
  4. Sedang berzikir kepada Allah.
  5. Sedang membaca hadis nabi.
  6. Menjadi katib atau sedang memberi peringatan (mengajar).
  7. Sedang belajar sebarang ilmu.
  8. Sedang meminta-minta hajat.
  9. Sedang berseronok dengan ahli keluraga.

Cara Memberi Salam :
  1. Beri salam dengan cara terbaik. (Hipotesis : Semakin panjang dan penuh salam kita, semakin besar pahala kita.)
  2. Beri salam kepada yang lebih tua.
  3. Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
  4. Yang berjalan beri salam kepada yang duduk.
  5. Kumpulan yang sedikit beri salam kepada yang banyak.
  6. Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal atau tidak kenal)
  7. Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yang beri salam itulah yang paling baik.

Dilarang:
  1. Memberi salam menggunakan isyarat sahaja. Kerana ia menyerupai gaya yahudi dan nasrani. Kecuali jika terdapat keuzuran : jarak yang jauh.

Memberi Salam dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :
  1. Gunakan perkataan "salam" atau "assalam"
  2. Rujuk surah Hud : 69

Bersamalah kita membudayakan memberi salam.
Untuk memulakannya memang tidak mudah.
Bermulalah dengan sedikit demi sedikit.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam setiap perbuatan. InsyAllah.


Sumber : Program Budaya Al-Quran IPG KTI, Johor Bahru (Jumaat, 1 Julai 2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka