Anda pengunjung blog ke :

Khamis, 7 Julai 2011

Ragam Ke Sekolah

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca paparan pada kali ini.

Minggu ni adalah minggu pertama saya menjalani Program Internship di sekolah.

Seperti biasa..menjadi guru ganti adalah tugas normal dalam kalangan guru.

Dan pada minggu ini, saya dan rakan praktikum telah diberi peluang untuk menjadi guru yang bertugas.

Antara wilayah jagaan guru bertugas adalah dewan, kantin, pintu pagar, dan koridor sekolah.

Saya kecilkan lagi fokus kepada kawasan pintu pagar sekolah.

Pintu pagar sekolah laluan murid akan ditutup pada pukul 7.20 pagi dan 1.45 / 1.15 tengah hari.

Maka, jika murid lambat, mereka terpaksa melalui pintu pagar utama.

Hal ini, berikutan dengan kes penculikan yang semakin merisaukan masyarakat setempat.

Banyak ragam yang telah lihat pada setiap pagi, iaitu ketika murid sampai di sekolah.
Antaranya adalah :


Situasi 1 : Murid murung, ibu bapa ceria.



Kadang-kadang ada ibu bapa yang terlebih seronok menghantar anak ke sekolah.
Ada yang melambai dengan gembira... cium pipi, dahi anak-anak.. Siap bagi kata-kata semangat.
Tapi lain pula dengan anak mereka..
Yang si anak pula mukanya murung sahaja. Macam nak nangis pun ada..
Tak seronok ke pergi ke sekolah?



Situasi 2 : Murid ceria, Ibu Bapa murung



Yang kes macam ni berbeza pula dengan situasi satu.
Yang emak bagi pesanan macam-macam.. tak sanggup nak lepaskan anak.
Ada yang sampai tunggu anak dia hilang dari pandangan mata...baru dia balik.
Muka sang ibu penuh dengan kerisauan dan kesedihan.
Yang anak pula.. bukan main gembira nak ke sekolah..
Tak toleh belakang pun lambai kat mak dia. Ish3..


Situasi 3 : Beg bersaiz gergasi



Yang ini nak ketawa pun ada..
Tapi kesian lagi banyak lah..
Budak darjah satu..
Tapi beg 2 kali ganda dari saiz badan dia.
Kadang-kadang nak kejarkan takut pintu pagar tutup...sampai tergolek-golek sebab beg berat sangat..
Kan lagi bagus kalau susun buku dalam beg ikut jadual esok.. (bukan jadual seminggu).
Comelnya mereka...



Situasi 4 : Beg roda ala-ala bagasi.



Beg yang macam ini selalunya dimiliki oleh murid perempuan.
Selalu beg tu mesti warna PINK, ada gambar Barbie doll.
Lepas tu kalau nak melintas jalan tu, dia tarik beg macam tengah jalan-jalan kat dalam airport je..
Macam bersiar-siar.. Lain kali boleh jalan laju sikit tak?
Walau bagaimanapun, muatan beg masih lagi sama iaitu mengandungi buku-buku mengikut subjek selama seminggu. Hehe..bergaya sungguh dengan bagasi mereka..


Situasi 5 : Budaya menyapa dan menyalam guru.

Saya seronok dan teruja dengan budaya ini.
Apabila sampai di pagar sekolah, mereka akan mengucapkan salam hormat kepada guru dan menyalam guru.
Tapi kalau murid tahun satu, mereka lebih suka 'tangkap' je tangan cikgu, salam, cium tangan, dan beredar dengan muka tak berperasaan.. haha..macam-macam.
Apa-apa pun diharapkan agar sikap ini dapat diamalkan secara berterusan.


Dahulu, saya ke sekolah berjalan kaki sahaja, kerana sekolah hanya di seberang jalan.
Kadang-kadang ada akak atau abang yang tawarkan diri nak hantar.
Ada juga ke sekolah berbasikal, tapi boleh dibilang dengan jari (sebab ada kes).
Anda pula bagaimana?

Ada banyak lagi situasi lain ketika ke sekolah yang mungkin kita sendiri pernah lihat dan alami.
Dan saya percaya, waktu di sekolah adalah kenangan terindah kita semua. ^_^

Sekian...


P/s : Macam mana muka aku masa pergi sekolah dulu-dulu agaknya..?

3 ulasan:

bunga berkata...

hahahaa...bdk2 ni mmg comel tp bt perangai...grrrrr.....

adi prayogo berkata...

menarik...

Nurul Hidayah Isnin berkata...

bunga : mmg buat perangai sbb diorg nk perhatian.. lynlah mereka dgn kasih syg..=)

adi prayogo : makasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka