Anda pengunjung blog ke :

Jumaat, 27 Mei 2011

10 Amalan Yang TERBALIK

Assalamualaikum. Artikel ini telah saya ambil daripada kakak saya, sumber gagal dikenalpasti.

Adapun sumbernya tidak diketahui, tetapi adalah elok jika isi kandungannya sama-sama kita hayati sambil merefleksi diri.


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Selasa, 24 Mei 2011

Bacaan Selepas Berwudhu'




*Mudah dihafal namun jarang diamalkan, kadang teralpa dek godaan masa.
Semoga saya, anda, dan kita semua dapat sama-sama beramal dengannya.


Sumber:
Blog Doa Harian

Selamat Hari Lahir ! (Edisi 3)


Ya, saya masih dan masih lagi tahu,
sudah terlalu lambat untuk saya membuat ucapan hari lahir.
Tetapi lambat adalah lebih baik dari tiada kan kan ??
Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir saya bersama gadis-gadis dan jejaka-jejaka BACARZ,
maka rugilah bagi saya jika gagal memberikan ucapan hari lahir untuk mereka semua melalui blog Ojo Lali Mampir ini. Kenapa saya rasa rugi? Kerana....

Trivia :
PISMP Matematik 06-11 merupakan kelas saya yang paling lama
kerana saya bersama-sama dengan kelas ini selama 5 tahun setengah (5.5) !
Berbanding dengan hanya 3 tahun di sekolah tadika,
5 tahun di sekolah rendah
dan 5 tahun di sekolah menengah.
Oleh itu, sudah tentulah terlalu banyak kenangan
yang telah saya lalui bersama-sama mereka.
-Trivia Tamat-



Ucapan 7 :

Ucapan Selamat Hari Lahir ditujukan khas kepada
Nurul Norsilah Binti Roslin a.k.a praktikum mate saya.
Beliau telah selamat dilahirkan pada tanggal 28 Mac 1988 bertempat di Batu Pahat.
Doa saya semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
Tabah dalam menggalas tanggungjawab sebagai anak yang solehah.
Menjadi guru yang cemerlang di sekolah cemerlang (___)
Berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin..
P/s: terima kasih kerana byk meminjamkan telinga, mendengar omelan sy di JDB utk 3 bulan hari tu.. =)






Berjiwa ibu dan lembut gaya,
Namun tegas prinsip peribadi;
Bila mamai lakunya tak terduga,
Nurul Norsilah nama diberi.





Ucapan 8 :


Mek weh, selamat hari jadi wehh...
Kurang sopankan ucapan saya?

Saya tukar sikit..
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Wan Maisarah Binti Wan Jaffar.
Beliau juga merupakan bekas praktikum mate saya di SK Kg Pasir.
Telah dilahirkan pada 9 Mei 1988.

Doa saya untuk beliau..
Semoga panjang umur, murah rezeki,
menjadi guru yang disayangi murid-murid,
Dipanjangkan jodoh bersama si dia yang ada sekarang.
Menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa. Amin.
P/s: terima kasih kerana menjadi juru rias sy selama 5 thn ini..=)






Menjadi juruandam karier sampingan,
Sopan berjalan jadi tumpuan,
Wan Maisarah empunya gerangan,
Asalnya dia dari Kelantan.


Ucapan 9 :


Ni ucapan terbaru ni..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 23 ditujukan kepada Muhammad Hazwan Bin Serman yang lahir pada 24 Mei 1988.
Doa saya, semoga beliau menjadi anak yang soleh,
menjadi guru/ murabbi yang cemerlang.
Diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin.
P/s : terima kasih kerana byk membantu semasa di JPP ke-44 dolu2 tu.. =)





Berwajah tegas tidaklah garang,
Sentiasa komited terhadap tugas;
Hazwan suka menolong orang,
KO sem depan bakal digalas.


Oklah, sekian sahaja daripada say..
Esok ada peperiksaan Kajian Tindakan.
All the best you all~

Jumaat, 20 Mei 2011

Jom Jelajah Jalan Johor (4J) - Siri 3

Baru-baru ini, pada waktu petang,
ketika saya berada dalam perjalanan
untuk mencari kedai makan bersama rakan-rakan..

Tiba-tiba, saya terdengar iklan di salah sebuah stesen radio yang telah menyatakan...

"Kini, kerajaan Malaysia amat menggalakkan agar semua penulis blog dapat memaparkan lokasi-lokasi menarik yang ada di Malaysia kerana ini merupakan salah satu cara untuk menarik pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk bercuti dan menikmati keindahan di Malaysia."

Oleh yang demikian, semangat saya semakin membara untuk membawa anda semua mengenali negeri Johor dengan lebih dekat.
Ayuh, kita sambung lagi 4J Siri ke 3.
Kali ini, ada dua lokasi lagi yang ingin dipaparkan
dan pastinya terletak di negeri Johor.


Lokasi 6


Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor

Banyak kali dah saya pergi sini dengan kawan-kawan.
Masa tengok bola, berbuka puasa, dan markas utama perjumpaan BACARZ.
Pemandangan yang menarik kerana berhadapan dengan Singapura.
Kawasan yang luas, angin yang kuat.
Selesa dan seronok dikunjungi pada waktu malam atau petang.
Ada gerai steambot di tempat yang berdekatan (dibuka pada waktu malam).















Lokasi 7

Tanjung Piai, Pontian, Johor

Saya baru datang sekali.
Memang tak rugi kalau anda datang.
Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Ada pusat rekreasi.








































Khamis, 19 Mei 2011

Terima Kasih!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah..
Akhirnya, sehingga ke saat ini...
pembaca blog OJO LALI MAMPIR
secara terang-terangan sudah mencapai sebanyak...






orang !!


Dan pengikut blog ke-105 adalah pemilik profil My Own Life.

Terima kasih, jazakAllah, Thank you, Arrigato, Kamsahamida, Nandri.
kepada semua kerana sudi mengikuti dan membaca perkembangan blog ini.

Segala yang baik boleh diambil, boleh disampaikan kepada yang lain.
Segala yang buruk, tinggalkan sahaja dalam blog ini.

Akhir kata, Selamat Membaca
Membaca Gaya Wawasan! =)




*Mungkin ada yang terdetik di hati "Eleh..follower baru 105 orang dah bising. Blog orang lain, follower dia dah beribu-ribu dah..tak bising pun".

Senang je jawapan untuk ayat tadi tu..

Hidup ini sangat singkat bro/sis..

Oleh itu, hargai apa sahaja yang ada dan singgah di sekeliling kita..
Kerana kita tak tahu umur kita sampai bila..
Berterima kasih kepada makhluk dan bersyukurlah kepada tuhan.
InsyAllah...

Selasa, 17 Mei 2011

Aku masih ingat (III)- Trivia Hari Guru

Bila aku singkap-singkap semula kisah hidup antara aku dengan guru..
memang cukup banyak..
Seawal usia 4 tahun, aku dah kenal dah siapa itu guru..
Dan berikut adalah antara sedikit kisah rahsia, trauma, kenangan, memori antara aku dan guru...

1) Zaman tadika.

Lokasi : Tadika KEMAS, Jalan Rajawali, Endau (tepi sungai)

Masa zaman tadika adalah zaman dimana berlakunya latih tubi menulis huruf dan nombor di atas buku garis tiga. Oleh kerana terlalu bosan dan penat dengan membuat latihan tersebut, maka aku yang dulunya genius sebab terlalu malas mengambil inisiatif sendiri iaitu
menulis dengan menggunakan pembaris!

Arakian tersebut, maka terlalu murkalah guru tadika oleh demikian kerana perbuatanku.
Maka, tamatlah riwayat jejari ku yang comel akibat dilibas dengan pembaris oleh guruku.
Malah, hasil karyaku dengan menggunakan sakti pembaris juga turut dipadam dan disuruhnya menulis yang baru..






2 ) Zaman Sekolah Rendah

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Bandar Endau (tepi jalan)

Mungkin satu masa dahulu aku telah dilahirkan sebagai seorang yang kreatif dalam hal ehwal pengurusan buku tulis. Dan, oleh sebab itulah setiap kali pabila ada sahaja lembaran kerja yang perlu ditampal di dalam buku latihan, akan aku kerjakan sedaya upaya sehingga buku itu menjadi berlubang-lubang BESAR dan bertukar warna dari putih ke hitam.

Hatta, dengan hal sedemikian maka murka yang amatlah guruku kerana aku dianggap mencabar kewibawaannya. Bukuku dianggap comot dan buruk lantas dengan menggunakan teknik lontaran O' Brian, bukuku telah dilempar ke luar kelas dengan kelajuan 120 km/j oleh guru Matematikku. Aku pasrah kerana aku tahu..aku memang kreatif. Hurm..apalah nasib..






3) Zaman Sekolah Menengah

Lokasi : MRSM Mersing (dikelilingi pokok sawit)

Antara kes yang menyayat hati di sekolah. Cerita bermula setelah keputusan peperiksaan percubaan PMR telah dipaparkan. Aku, macam biasa GAGAL dalam subjek Sejarah. Sebut pasal minat..aku memang minat Sejarah walaupun aku selalu menguap dalam kelas Sejarah. Belajar Sejarah akan lebih seronok apabila ia dihayati dan bila kita cuba meletakkan diri kita di zaman itu. Tapi macam mana boleh gagal lagi? Mungkin ianya satu Chobaan..

Rentetan daripada kepasrahan yang melampau, aku malas nak tengok markah gagal aku tu berapa. Dapat 39 markah ke..30 ke..25 ke..aku tak peduli. Kalau dah gagal, nak sibuk-sibuk apa lagi kan?? Kemudian, aku ke perpustakaan bagi slot Masteri Sejarah (persediaan nak PMR).

Guruku : Siapa yang gagal subjek Sejarah baru-baru ni sila ke depan.
Aku : (berjalan pasrah ke depan)
Guruku : Berapa markah awak?
Kawan aku : ____ markah cikgu.
Guruku : Ok, duduk.
Kawan aku : ____ markah cikgu.
Guruku : Ok, duduk.
Aku : Tak tahu cikgu.
Guruku : Awak tahu kan awak gagal?
Aku : Tahu.
Guruku : Awak pergi check tak markah awak berapa?
Aku : Tak check....
PANGGGGG!!!!

Arakian, maka dilempanglah aku dengan lempangan jurus satu oleh guru sejarahku.
Maka semenjak itu, terserempak sahaja dengan cikgu Sejarah itu, secara spontannya aku akan menukar laluan ke lorong/ jalan/ arah/ lokasi lain.. Masih trauma dengan kejadian.
Tapi aku tak salahkan dia kerana lempangan jurus pertamanya, kerana itu mungkin tindakan refleks beliau dengan jawapanku.






Daripada kesemua cerita di atas, dapat aku simpulkan bahawa...dahulu, aku memang tak suka cikgu!!! Sebab, cikgu selalu marah, pukul, menjerit, denda aku.. Sebab cikgu aku jadi trauma, sebab cikgu aku jadi penakut, sebab cikgu aku menangis!

Bila dah besar, aku fikir semula. Kalau dulu cikgu tak buat semua tu....
Sekarang belum tentu aku pandai menulis.
Sekarang belum tentu aku pandai menampal kertas dengan kemas.
Sekarang belum tentu aku dapat A dalam subjek Sejarah untuk PMR dan SPM.

Kalau cikgu tak buat seperti semua cerita tadi..mungkin tak ada cerita yang aku dapat simpan sebagai kenangan. Dan tak mungkin aku dapat jadi insan sehingga ke hari ini.

Dan sekarang, akulah bakal cikgu itu..
Akulah yang bakal buat anak-anak kecil menangis,
akulah yang bakal memarahi mereka.
akulah yang bakal mengulangi perbuatan yang dahulunya guru-guruku lakukan.
Kerana aku mulai faham bahawa..
"membetulkan yang salah" itulah tugas guru.


Akhir kalam,
Selamat Hari Guru dedikasi khas untuk guru-guru saya dari sekolah tadika sehinggalah sekarang.
Terima Kasih CIKGU!
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Jumaat, 13 Mei 2011

Pelancaran Kempen Bulan Membaca 2011

Pagi-pagi, seusai sahaja turun sahaja dari Kolej Kediaman,
ini yang saya nampak..

Oh, rupa-rupanya ada Pelancaran Bulan Membaca..
Tapi bila???



Hari : Isnin
Tarikh : 10 Mei 2011
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Dewan Sri Temenggong
Anjuran : Unit Pusat Sumber dengan kerjasama ahli Kelab Rakan Buku (KeRaBu)

Tentatif:
  1. Perasmian Kempen Bulan Membaca menggunakan paluan gong.
  2. Tayangan video kempen membaca.
  3. Penyampaian hadiah.
  4. Persembahan koir "Membaca Gaya Wawasan".
  5. Nyanyian beramai-ramai lagu "Budaya Membaca"

Lirik Lagu - Membaca Gaya Wawasan

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu negara berdaulat

Mari kawan... Kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan membaca gaya wawasan

Everybody take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of wawasan


Lirik Lagu - Budaya Membaca

Semaikan di jiwa budaya membaca

Pasti bertambah ilmu yang ada

Masa dan usia bukan ukuran

Yang membezakan kebijaksanaan

Bacalah bacalah mari membaca

Mudah dilakukan di mana berada

Bacalah dengan mata dan hati

Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan

Yang bermanfaat pilihan utama

Orang berilmu di pandang mulia

Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca

Jadikan membaca budaya kita

Bacalah bacalah mari membaca

Jadikan membaca budaya kita (2x)

Jadikan membaca…

Budaya kita…







Sebahagian ahli Kelab Rakan Buku (Ke Ra Bu)

*Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kempen Bulan Membaca 2011 ini! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka