Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 27 Julai 2010

Di Mana Sensitiviti Kita?

Pada hari Jumaat yang lepas,
aku dan rakan-rakan telah pergi ke sebuah pasaraya yang terpencil.
Lokasinya di tepi pantai dan bersambung terus dengan hotel terkemuka di sana.
Tak perlulah aku memberitahu nama pasaraya tersebut.
Bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, cuma aku mahu manusia berfikir tentang ini.

Aku telah melewati sebuah kedai kecil (bersaiz separuh drpd kedai biasa) di sana.
Di dalamnya ada lah terjual pelbagai produk seperti Tequila, Brandy, Wiski, Vodka, Wain, dan Bir.
Aku tidak lagi terkejut dengan yang ini. Maklumlah, 1 Malaysia.
Semua benda boleh wujud di Malaysia. Hurmm..

Tiba-tiba, aku lihat ada seorang akak
(perempuan, bertudung, dan aku yakin agamanya Islam)
telah menjadi penjaga serta cashier di kedai itu.
Nah! Ini yang aku terkejut.
Kenapa terlalu kurang sensitiviti beliau terhadap Islam.

Tidak pernahkah dia tahu mengenai info seperti ini?


"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, dan sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya
(2) yang minta diperaskannya
(3) yang meminumnya
(4) yang membawanya
(5) yang minta dihantarinya
(6) yang menuangkannya
(7) yang menjualnya
(8) yang makan harganya
(9) yang membelinya
(10) yang minta dibelikannya.
- (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Hal ini amat ketara dan menyedihkan kerana kedai itu hanya menjual minuman-minuman yang memabukkan dan tidak ada barang-barang lain selain dari minuman itu sahaja.

Sedangkan yang menjadi jurujualnya adalah orang berbangsa MELAYU dan ISLAM!
KENAPA???

Aku faham, ini tak lain dan tak bukan adalah strategi pemasaran mereka yang banyak helah dan tipu dayanya yang tersendiri. Dan mungkin juga untuk menjatuhkan bangsa majoriti di negara ini.

Aku x nak salahkan sesiapa dengan situasi ini.
Tapi aku berdoa agar akak yang diceritakan tadi akan sedar dan lebih sensitif terhadap syariat ISlam.
Dan mula mencari sumber rezeki yang lebih terjamin di sisi Allah.
Semoga beliau akan berjumpa dengan pekerjaan yang lebih baik dan mulia.
Amin..

Kepada yang di luar sana, carilah kerja yang halal.
Bukan banyak atau sedikit gaji yang jadi keutamaan.
Sebaliknya keberkatan yang jadi pilihan.
GAJI yang SEDIKIT akan terasa banyak bila ianya BERKAT.
Sentiasa akan rasa cukup dengan apa yang ada.

Begitu juga yang sebaliknya.




Kesimpulannya, bersamalah mencari pekerjaan yang diredhai Allah..
Masing-masing punya rezeki yang tersendiri..
Berusaha dan berdoalah semoga beroleh pekerjaan yang baik2..
InsyALLAH..

Lirik lagu pilihan separuh bulan ini



gambar ini tiada apa-apa kaitan sebenarnya dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada.


Lirik Lagu Ketika Cinta (Ost Perempuan Berkalung Serban) - Siti Nurhaliza

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

______________________________________

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Ahad, 25 Julai 2010

Selamat Hari Lahir

Cepat..ada lagi 15 minit untuk bagi ucapan sebelum pukul 12, 25 Julai 2010 habis..

Ya, kepada kedua-dua gambar di bawah..
Anak saudara kandung dan abang saudara kandung :
Daku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-satu tahun dan ke-tiga puluh enam tahun.

Semoga Allah memanjangkan umur kalian..

Unik sebenarnya bila dapat tahu yang Amani lahir sama tarikh lahir dengan abang aku..
Tapi aku tahu apa yang berlaku sebenarnya..
Bagaimana keunikan ini terjadi..

Ini semua tak lain dan tak bukan bahawa ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan.
Mungkin sebagai pengajaran dan tanda-tanda kebesaran-Nya..
Wallahualam...

Apa2 pun aku puas hati gak sebab dapat bagi hadiah sub-woofer kt abang aku..
(Yang dapat hadiah modulator 2 sbr je la ya.. Yang lebih tua mesti di dulukan..)

Untuk Amani, maaf ye.. Usu cuma dapat bg kasih syg sbg seorang mak cik je utk anda..





sEKIAN, sELAMAT hARI lAHIR sEKALI lAGI... =)

* SEMAKIN BERTAMBAH UMUR KITA BERMAKNA KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN AJAL.. MAKA PERBANYAKKANLAH AMALAN SEIRING DENGAN PERTAMBAHAN USIA.. SEBAGAI BEKALAN SEBELUM KITA BERJUMPA DENGAN YANG MAHA PENCIPTA.

Rabu, 14 Julai 2010

Hockey for kids



Position...pass!!
The instruction during Hockey GERKO with Pn Norhayati was still lingering in my head.
I had learn it at IPG KTI to become a good hockey teacher (not a coach ya).

And now, the time has come.
It's time for me to apply it back.
I had to teach hockey for class 4 Rajin.
How to hold the stick.
How to stand before passing the ball.
Ways to take the ball through the target.
And..goal!!

Teaching, coaching, ansur maju.
Creating an interesting game during peak slot.
This is the thing that I had to teach them..
Skill of playing hockey.

And I wish they can be like Sarjit Singh or Tai Beng Hai.
Because I can see their talent everytime they hit the ball.

What a super high aim!
But, I'm sure that impossible is nothing.

Game pasal LENGTH

www.mrnussbaum.com -Sal's Sub Shop - a game involving measuring with a ruler

Rabu, 7 Julai 2010

Manusia jadi stress kerana..

1) kelaparan fizikal : senyum> hantar gelombang +ve.
2) kelaparan interaksi : manusia perlu saling b'crita dan mndgr.
3) kelaparan struktur : stress krn x tau nk buat ap.
Bila kita dah tau faktor, maka kita boleh fkr sndiri cr utk m'atasinya.
Jgn dibiarkn shj stress terjadi tnpa tndakan susulan krn 80% pnykt di dunia adlah b'pnca drpd Stress -ve!
Stress +ve adlah bgus supaya kita dpt tingktkn prestasi diri.
Manakala n0n stress adalah m'bhykn krn org itu x akn b'usaha dan terus hdup dlm 'selamba'.

Sekian, slmt menguruskn stress~

¤post via n0kia 5630d-1 B Red.

Jumaat, 2 Julai 2010

Apa Yang Bestnya Praktikum Ni??

Susah nak jawab bila orang tanya soalan macam ni.
Tapi, apa yg mampu saya jawab adalah..
Praktikum ni adalah satu fasa yang semua orang wajib lalui
suka, x suka.. nak, x nak..mesti lalu juga.
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan..

Lain pekerjaan, lain cara praktikumnya.
Macam saya. Saya nak jadi guru.
Maka, praktikum saya adalah di???
S.E.K.O.L.A.H.

Apa yang bestnya praktikum ni?
Saya jawab..B.E.S.T~~~
Kenapa?
Sebab saya akan dpt ramai anak murid.
Hari Khamis yang lepas saya relief class 1 Rajin
dan sebelum kanak-kanak riang itu pulang.
Seorang kanak-kanak yg comel bagi kertas pada saya.
Dan pada kertas itu ada ini..



Oh, sempat lagi anda melukis masa saya mengajar ya..!
Apa2 pun, mmg comel perbuatannya itu.. =

Pada pagi tadi, saya juga telah berdepan dengan pengalaman baru.
Iaitu menguruskan pelajar histeria..
Sebelum ni, saya hanya pernah dengar je insiden2 seperti ini.
Dan selalunya, saya akan buat perangai "x ambil port" sy mcm biasa.
Tapi, pada pagi tadi semasa program membudaya Al-Quran.
Saya telah menyaksikan sendiri bagaimana pesakit histeria di ubati.
Memang seram~ Bilamana sy perlu memegang murid itu.
Dia cukup kuat. Dan meremang bulu roma tatkala mendengar suara lain dr murid itu.

Apa-apa pun, semua itu sebenarnya adalah pengalaman yang x kan didapati melalui pembacaan sahaja.
Dan bagi saya, praktikum adalah sangat B.E.S.T..

Lesson plan, observation, kena sound dgn lecturer, penilaian teruk..
Bertenang..
Itu semua adalah benda biasa
dan ini jugalah yang dinamakan pengalaman...

Akhir kata..SAYA SUKA PRAKTIKUM!!

Khamis, 1 Julai 2010

Den Keno Tag~

Atas permintaan adik junior den Aziemah, akhirnya den keno la jugak buek tag ni hah..
Nak baco buleh..x nak baco pun buleh..

1. Pernah tak anda rasa anda hot

Pernah.. Masa air-cond JDB habis gas dalam tabung air-cond.

2.upload wallpaper yang anda guna sekarang.

UPLOADING.......




3.cerita pasal wallpaper tersebut.

Back to the basic.. Den baru format laptop.. nk tukau wallpaper pun x sempat..huhu


4.bila kali terakhir anda makan pizza?

Kek ghumah hari tu baru makan lempeng.. (den raso samo yo lempeng dgn pizza).


5.lagu paling terbaru anda dengar

Lagu Sek Keb Kg Pasir (sampai skrg x hafal2 lirik lagu)


6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Menanda lembaran kerja 4 Rajin.


7.selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

-Nurul
-Hidayah
-Anaknya Isnin


8.tag lagi lapan orang.

1)Name tag
2)Tagging
3)Facebook photo tag
4)Tagline
5)Glue tag

(sape2 yg nk jwb soalan ni..den tag dio dgn rasminya!)


9.siapakah orang no. 1 kepada anda?

Dipakai sebagai tanda pengenalan diri.


10.katakan sesuatu kepada orang no.5

Tolong la jgn habis.. Susah den nk tampal ABM kt blackboard nnti..


11.no. 3 ada hubungan dengan siapa?

Penduduk dunia.


12.bagaimana pula dengan no.4?

Kata-kata pengenalan diri.


13.pesanan kepada orang no.6

x ada


14.kata-kata cinta untuk orang no. 2.

x ada


15.adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

dua-dua x ada


16.berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.

-baik budaknya
-junior saya
-rajin menulis blog
-telah mengetag saya
-seorang perempuan

Aik, 17 mane?

18.perasaan anda semasa buat tag ini.

bangga...terharu..suka2! tapi sedikit terkilan kerana x dapat mengetag siapa2 di sini..
=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka