Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 26 Julai 2009

Member baru gua...


Selamat..selamat....
Ahha!! Hujung minggu ni wa lasa manyak silonok.. Ini x lain x bukan kerana wa sulah dpt ank buah baru... kalau x silap wa yg ke 15 la...
Anak buah wa yg ke 15 ni perempuan, dia lahir semalam, 25 Julai 2009 pukul 11.10 pagi, kebetulan sama dgn tarikh lahir Pak Ngah dia (hahahahah...gelak dlm hati).
Berat dia ringan je...2.65 kg...
Dia lahir dkt Klinik Endau shj..

Nama dia belum ada, gambar dia pn wa tak ala lagi... Abg wa send MMS tapi dia sulah lupa wa punya henset yg bole buat baling anjing tu.. Mana bole telima MMS!! Haih!!

Dalam wa punya silonok2..wa sedih jugak maa... Wa mau balik tgk baby baru, tp wa x bole blk smpai cuti midsem nnti.. hurmm..sabarlah..

Nntila lain kali wa publish gmbr wa punya niece yg baru..wa janji..
Sudahla..wa mau sambung baca kalkulus (bc je..)
Roger!!

Selasa, 14 Julai 2009

KEMBARA SOSIAL


Kem Bina Insan Guru Semester 4
2009

Tempat : Pesona Indah Tanjung Resang, Endau, Mersing, Johor
Tarikh : 6-8 Julai 2009

Hurmm..sejak 2 menjak ni...
Hidupku telah dipenuhi dengan perkataan KEMBARA..
Tapi sy tidak menafikannya,
kita sebagai manusia mmg seorang pengembara di atas muka bumi ALLAH swt yang maha luas ni...

Kembara Sosial ni sebenarnya lebih berbentuk kepada Program Anak Angkat.
Tapi ia mengambil nama kembara kerana kami berada di rumah keluarga angkat hanya dalam lebih kurang 9 jam sahaja.

Banyak pengalaman dan tips2 memasak berguna yang saya dapat seharian di rumah keluarga angkat.

Sebelum mengundur diri kami telah meminta barang kenang-kenangan dari mereka.
Kami juga telah memberikan wang saguhati kepada mereka sejumlah RM60.

Kesimpulan, program ni memang BEST!!!

Majlis Penyerahan Anak Angkat

Saya, Pn Maijah, Grace, dan Le'a (pura-pura memasak)

Bergambar kenangan bersama keluarga En. Zainal

KEMBARA ADAT


Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGM Zon Selatan
2009/2010

Tempat : Coco Bay Condo Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh : 3-5 Julai 2009

Ok, skrg sy nk terus zoom in pada aktiviti Kembara Adat yang diadakan pada hari Sabtu, 4 Julai 2009 di Istana Seri Menanti... ZAsssssSS!!

Aktiviti ni lain daripada yang lain kerana dari sinilah kami telah mempelajari adat dan budaya orang lain iaitu adat Perpatih. Kumpulan saya telah diberi tugasan untuk mencari apa itu..

'Perbilangan Adat Perpatih'

Setelah kami puas meronda dan meninjau istana ni, akhirnya... kekecewaan yang kami jumpa..
Tidak ada sedikit pun pameran di muzium istana Seri Menanti itu yang ad kaitan dgn perbilangan adat.

Akhirnya kami memutuskan untuk menemuramah sesiapa shj yg ada kat istana 2...

Muzium Istana Seri Menanti

Pemandangan dari atas halaman Istana Seri Menanti (diambil dari bahagian hadapan tingkat paling atas Istana Seri Menanti)


Akhirnya, terjawab la semua persoalan...

Perbilangan adat perpatih ni adalah cara percakapan yang indah dan digunakan dalam komunikasi seharian pengamal adat perpatih.. Perbilangan adat perpatih ini juga sangat ditekankan dalam pengacaraan majlis terutamanya di Negeri Sembilan.

CONTOH:

Jika ada org menjemput kita utk pergi ke majlis kendurinya.. Kita akan menjawab..

" Dijomput, datang. Disuguh poie. "

Jika menerima orang semenda
Kalau cerdik hendakkan rundingan
Kalau bingung disuruh arah
Menjemput yang jauh menghimpun yang dekat
Kalau kuat dibubuhkan di pangkal kayu
Kalau tegap buat penopang
Kalau lembik buat pengempang
Kalau alim hendakkan doanya
Kalau kaya hendakkan emasnya
Kalau patah buat penghalau lembu
Kalau buta penghembus lesung
Kalau pekak pembakar bedil

(Kutipan Zaaba)

ADAT TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS
GEMUK BERPUPUK, SEGAR BERSIRAM, DIANJAK LAYU DICABUT MATI.
NEGERI BERPAGAR UNDANG, KAMPUNG BERPAGAR PUSAKA
ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI KITABULLAH
ADAT DIKELEK, SYARAK DIJUNJUNG
SYARAK MENGATA, ADAT MEMAKAI
PADA ADAT MENGHILANGKAN YANG BURUK, MENIMBULKAN YANG BAIK
PADA SYARAK MENYURUH BUAT YANG BAIK, MENEGAH BUAT YANG JAHAT
PERTAMA KATA ALLAH
KEDUA KATA RASUL
KETIKA KATA PUSAKA
KEEMPAT KATA TUA MUAFAKAT
KELIMA KATA BETEROMBA
KEENAM KATA BERSALSILAH

Dipendekkan cerita, perbilangan adat ni adalah pengucapan (bilang) sama ada dalam bentuk peribahasa, pepatah, pantun, dll..
Yang penting semuanya nampak indah, bergaya, sopan, dan penuh dgn kiasan..



Krew Kembara Adat Kumpulan 1 yang sedang menggembling tenaga menyempurnakan tugasan.

AKHIRNYA, MISI TERCAPAI!! JOM BALIK...!
Opss, sebelum 2.. Kami pergi melawat Makan Diraja dan Teluk Kemang dulu...

Khamis, 2 Julai 2009

PANDU PUTERI KADET


TARIKH : 1 JULAI 2009
MASA : 2.30 PETANG
LOKASI : DATARAN DEWAN CAMPURAN
AGENDA : ISTIADAT PELANTIKAN PANDU PUTERI KADET

PATROL KENANGA

PATROL SIANTAN

PATROL MELUR

PATROL CEMPAKA

LEFTENAN MENYEMAT LENCANA PADA AHLI YANG SUDAH DILANTIK

PEMBAWA PANJI-PANJI MENJALANKAN TUGAS

Ahli Patrol Siantan bersama penasihat Pandu Puteri Kadet, Puan Harlina


"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya,
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia,
menolong orang setiap masa,
dan mematuhi undang-undang kepanduan"

~ ikrar yang wajib dihafal ketika istiadat pelantikan ~

______________________________________

Terima kasih di atas komitment yang diberikan.
Tahniah kepada anda semua yang telah dilantik!!!

- Pengerusi Pandu Puteri Kadet-


Rabu, 1 Julai 2009

Isk3..Sob3..


Kenapa aku sedih?? Macam x de sebab je aku nak sedih...
Sbnrnya aku sedih sebab bulan JUN da meninggalkan aku tanpa cakap tata @ babai.
Sedang aku seronok wat asgmnt, tbe2 1 Julai dah menjengukkan diri pabila aku melihat kalendar...

Huwaaaaaa.....aku sedih!!!
Slmt tinggal bulan JUN..
Jumpa lagi tahun depan...
Sayonara....!

(Nota kaki: gmbr animasi dibuat pakai software ari 2..makin cntik kan!!!..hehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Anniversary

Suka