Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 31 Disember 2008

Menjana Ummah Gemilang

Salam Maal Hijrah Tahun 143o



Maksud Firman Allah SWT surah Al-Ankabut: Ayat 17
...carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan dia, serta bersyukurlah kepadanya, kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.
Imam Al-Qushairi berkata : 3 perkara asas kehidupan yg Allah SWT tekankan pada firmannya iaitu - rezeki, ibadah dan syukur.


Semut adalah makhluk Allah SWT yg lengkap dari segi 3 aspek ini..

Lambang Kesuburan-rezeki:
  1. Semut melambangkn kesuburan rezeki yg dimanfaatkn.
  2. Semut ada pelbagai cara dan gaya dlm usaha mencari rezeki di bumi Allah.
  3. Semut dikurniakan nama darjah Abu Mashgul (tokoh bapa yg sibuk mencari rezeki).
  4. Tiada istilah sampah dlm msyrkt semut. Semuanya dipunggah msk ke sarang utk dikitar semula.
  5. Tiada istilah sakit/makan/iri/panas hati kpd mereka..semua hasil diguna bersama.

Lambang Kesetiaan-ibadah:
  1. Semut betina sgt bertanggungjawab sbg bukti setia t'hadap amanah yg diberikn.
  2. Keistimewaan semut betina yang Allah paparkan dalam surah Al-Namlu:18 mempunyai 3 wawasan utama :
  3. 1) Melihat jauh misi ke hadapan demi membela nasib masyarakatnya.
  4. 2) bertutur dgn kebenaran utk memelhara kehormatan dirinya.
  5. 3) bertindak dgn penuh keadilan utk kepentingan bersama.
  6. Imam Al-Ghazali berpendapat ketua semut mengarahkan semut menyelamatkn diri dengan segera kerana angkatan Nabi Sulaiman yg hebat perkasa akan melalui kediaman semut adalah bukan kerana takut dipijak tetapi takut warga semut terpengaruh dengan kehebatan bala tentera Nabi Sulaiman yang akan melemahkan semangat ibadah.
Lambang Kesyukuran:
  1. Semut keluar sarang dgn tangan yg kosong dan pulang dgn habuan yg pelbagai bentuk. X kira besar, sederhana, mahupun kecil.
  2. Ini membuktikan semut adalah makhluk Allah yg bersyukur dgn apa yg mampu diusahakan.

Namun begitu semut akan hilang keistimewaannya apabila bercambah 2 sayap, bertambah besar susuknya tubuhnya dan akhirnya akan keluar dr sarang msyrkt semut, mengejar habuan tanpa batasan dan akhirnya kecundang dek ketamakan.

---Konklusinya: semut membuktikan bahawa dia adalah makhluk Allah yg bijak urus rezeki, teguh melaksanakan ibadah, dan kenal erti syukur.

Sama2 lah kte mengambil iktibar drpd ceritera semut di atas ini melalui hidup dgn rezki yg barakah, ibadah yg sempurna, dan kesyukuran yg infiniti di tahun baru 1430 Hijrah ini InsyaAllah.

*Dipetik dari Pamplet Sambutan Maal Hijrah 1430 Peringkat Johor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka