Assalamualaikum.. Salam kasih sayang. Moga kita semua sentiasa berada dalam redha dan keberkatan Allah s.w.t. InsyAllah.
Sudah lebih kurang dua minggu lebih saya berada di rumah. Menunggu detik-detik kelahiran penyambung zuriat saya dan suami. Niat di hati hendak pulang bertugas di bumi kenyalang. Apakan daya, syarat penerbangan Air Asia hanya membenarkan ibu yang mempunyai usia kandungan maksimum 34 minggu sahaja untuk menaiki penerbangan. Maka redhalah saya memohon cuti rehat khas, cuti tanpa gaji, dan cuti pra bersalin kerana saya yakin semua pasti ada hikmahnya.
Sedang mengisi masa yang terlalu lapang di rumah...saya telah menemui sebuah buku lama yang telah dihadiahkan oleh junior usrah saya. JazakAllah. Bukunya bertajuk 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul' karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan hasil pembacaan saya di buku ini. Selamat membaca.
TIPS MEMILIKI SYURGA DUNIA DI ALAM RUMAH TANGGA
Menjaga keberkatan.
Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai.
Selalu berkongsi rasa dan cinta.
Bersegera memenuhi permintaannya.
Setia mendampinginya.
Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis.
Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan.
Menghidupkan salam.
Menelefon untuk menyatakan rindu.
Sering mengungkapkan perasaan cinta.
Tidak lokek mengucapkan terima kasih.
Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama.
Memuji dan menyanjungi.
Mencipta syair atau puisi istimewa.
Memberi penghargaan dengan ikhlas.
Saling berkirim e-mel dan SMS (viber, Skype, chat-on, whatsapp pun boleh ^_^)
Memberi hadiah
Berpisah sementara dan menikmati rindu. (memang betul)
Membantu pekerjaan rumah tangga.
Berhias.
Melayan dengan baik.
Memberi perhatian kepada keluarga mentua.
Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang.
Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi.
Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya.
Mengunjungi kerabat dan sahabat.
Mengambil berat ketika dia sakit.
Meminta pertolongan dengan cara yang baik.
Disiplin terhadap waktu.
Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah.
Berakhlak baik.
Berpada dan redha dengan apa yang ada.
Taat pada pasangan.
Menunjukkan contoh yang baik.
Selalu menambah rasa cinta.
Sesungguhnya, membaca buku ini telah menambahkan lagi kerinduan saya kepada suami di seberang Laut China Selatan. Semoga rasa rindu ini menguatkan lagi rasa kecintaan dan kepercayaan dalam perhubungan kami. Uniknya rasa rindu yang telah diciptakan oleh Allah untuk hambanya.. =)
Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan insyAllah akan saya sambung pada post akan datang. Namun tidak rugi jika anda membeli sendiri buku ini kerana kebaikannya yang besar.
Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi, Wassalam.