Anda pengunjung blog ke :
Sabtu, 29 Oktober 2011
Ahad, 23 Oktober 2011
Sepetang Di Taman Permainan
Ulasan :
Taman Permainan Kanak-Kanak dari zaman saya dulu sampai sekarang nampak lebih best kalau dia dah rosak (pada pandangan mata kasar kanak-kanak).
Ini kerana mereka fikir mereka dapat bermain secara lebih kreatif apabila buaian terputus tali sebelah, jongkang-jongket terpatah dua, dan gelongsor tercabut dari landasan .
Tetapi bila saya sudah dewasa seperti sekarang, saya melihat bahawa taman permainan sebegitu rupa adalah begitu berbahaya dan mengancam keselamatan kanak-kanak.
Antara punca-punca kerosakan alat permainan :
- Digunakan oleh mereka yang lebih had umur (orang tua)
- Digunakan oleh mereka yang mempunyai berat berlebihan.
- Kualiti alat permainan adalah tidak mencapai standard kerana ingin menjimatkan kos.
- Kurangnya pengawasan di taman permainan.
- Sikap kurang bertanggungjawab pengguna taman permainan.
- Kanak-kanak tidak didedahkan dengan cara penggunaan alat permainan dengan betul.
Semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab masyarakat sendiri terhadap kemudahan yang disediakan. Sanggupkah kita melihat kanak-kanak bermain di tempat yang berbahaya walaupun pada hakikatnya mereka layak mendapat tempat berhibur dan beriadah yang lebih seronok dan selamat?
Tepuk dada, tanya akal, tanya hati..
Maka, didiklah anak-anak anda, adik-adik anda, anak-anak saudara anda mengenai bagaimana menggunakan taman permaianan dengan betul, baik, dan selamat.
Akhir kata, bersamalah kita menyelamatkan kawasan taman permainan di tempat kita. =)
Langgan:
Catatan (Atom)