- Kacang Hijau (1.5 pot)
- Garam
- Gula
- Kelapa parut (1 biji)
- Tepung gandum
- Tepung beras
Cara-Cara:
- Rendam 1.5 pot kacang hijau semalaman dengan air paip / rendam kacang hijau dengan air panas di sebelah pagi.
- Bilas dan buang benda asing dalam himpunan kacang hijau.
- Rebus kacang hijau dengan sedikit air dan setengah sudu garam hingga kembang.
- Tos, tumbuk dan hancurkan kacang hijau.
- Gaulkan dengan 3 genggam kelapa parut + 4 sudu gula + 3 sudu tepung gandum.
- Gumpalkan adunan kecil-kecil dan leper. (lihat gambar 2)
- Sediakan bancuhan tepung sebagai salutan (tepung gandum + tepung beras + sepucuk garam). Awas : bancuhan mesti dibuat dengan likat supaya kacang tidak bocor semasa menggoreng.
- Celupkan doh kasturi ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api yang kecil supaya ia tidak saling melekat.
- Dihidang dan dimakan untuk minum petang.
Gambar 1 : kacang hijau+gula+kelapa parut+tepung gandum
Gambar 2: Adunan kacang hijau yang sudah dibentuk
Gambar 3: Kuih kasturi yang sudah siap digoreng.
Sekian, Jemput makan!
Sekian, Jemput makan!
4 ulasan:
Aku pn suka banget dgn kuih ini..wut2!! amboi dekyah..cuti2 ni hang dk jadi chef..bagus2..leh masuk masterchef pasni..hehe =)
kan2..aku rasa org jawa mmg suka la kuih ni.. huhu
ak x boleh msk masterchef. darah gemuruh kuat sgt.
P/s:wah, sudah pandai menulis komen pd blog. baguih2! =)
dekyah! aku tak pernah tau pun kena tambah kelapa parut.. sebab rasa selama ni mak aku wat kcang tu je..rebus ngan gula melaka..
wah.. boleh try version hang pulak ni! tengok pun mudah.. "tengok", nak buat tu tak tau mudah ke tidak. :P
oh, mak kau guna gula melaka ya fiza..itu pun idea baru tu.
lepas ni aku pun nak cuba yg tu.
ko letak la kelapa lain kali,
nnti rasa dia lemak2.. =)
Catat Ulasan