Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 30 Ogos 2011

Petua Bila Serangga Masuk Telinga



Bila sebut pasal serangga contohnya kumbang, semut, lipas, kelkatu, dan lain-lain lagi... pasti ada yang secara automatiknya akan menutup telinga. Mungkin kerana fobia mahupun trauma yang pernah dihadapi semasa kecil.

Fenomena telinga dimasuki serangga adalah perkara yang biasa dan tidak berbahaya namun boleh menjadi serius apabila ia mula menjejaskan gegendang telinga dan merimaskan mangsa.
Ia boleh menjadi penyebab kepada masalah pekak dan pendengaran yang akhirnya menjejaskan sistem komunikasi seseorang.


Berikut merupakan tips bagaimana menangani fenomena apabila serangga memasuki telinga :
  1. Tutup lampu (jika malam)/ pergi ke tempat yang gelap (jika siang). Ambil lampu suluh dan suluh ke dalam lubang telinga. InsyAllah serangga kan keluar mencari lampu. Ini kerana serangga adalah makhluk Allah yang suka kepada cahaya.
  2. Tundukkan telinga menghala ke lantai. Daya graviti akan membantu serangga itu segera keluar dari telinga.
  3. Tahan nafas supaya serangga mudah keluar dek faktor tekanan udara yang rendah di luar.
  4. Pergi ke klinik dan dapatkan bantuan pembantu perubatan (MA).
  5. Kalau tak boleh lagi...pergi la hospital...minta tolong pada doktor, sepit je serangga tu pakai forsep.

Akhir kata, selamat melindungi telinga anda daripada serangga.
Hidup sihat tanpa pekak... =)

2 ulasan:

shamyheart berkata...

Nak cuba.
Tq kasi petuanya

Rodriguez berkata...

Thanks for sharing such a great information..Its really nice and informative.



Lice Guard Detangler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka