Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 22 Ogos 2011

Manusia, apa yang kau kejar?


Apa yang kau kejar duhai manusia..

Kau kejarkan harta dan emas.

Akhirnya ia menjadi alat bakaranmu dalam neraka.

Kau kejarkan sempadan tanah,
Akhirnya ia menghancurkan dirimu dalam kuburan.

Kau impikan kemenangan dalam perbalahan,

Akhirnya ia menjadikanmu hilang kawan.

Kau kejarkan kecantikan,
Akhirnya ia menjadikan kau kufur nikmat tuhan.


Apa yang kau kejarkan lagi duhai manusia..


Kau dambakan penghargaan,

Akhirnya ia mendidik engkau dengan ke’ujuban.

Kau mengagumi makhluk tuhan dengan berlebihan,
Sampai kau lupa pada Tuhan yang menciptakan.

Kau kejarkan pangkat dan kuasa,
Akhirnya ia mengheret kepada dosa yang engkau reka.

Kau kejarkan orang yang kau kata salah,
Hingga kau lupa melihat bahawa engkau lebih bersalah.


Cukuplah manusia,
Berhentilah mengejar...
Semua yang engkau kejar itu tidak akan ke mana..
Mahukah kau jika aku tawarkan dengan apa yang boleh engkau kejarkan???

Kejarlah amalan yang soleh,

Akhirnya kau akan dapat pahala yang lebih.

Kejarlah sunnah Rasullah,
Semoga ia menjadi syafaatmu kelak.

Kejarlah bekalan untuk dibawa ke akhirat,
Supaya engkau tidak rasa terkilan.

Kejarlah rahmat dan redha dari Tuhan
,
Sesungguhnya DIA tidak pernah akan menghampakan.



Nukilan : Nurul Hidayah Isnin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka