Anda pengunjung blog ke :

Rabu, 9 Mac 2011

Selamat Hari Lahir! (Edisi 2)

Ya, saya masih lagi tahu,
sudah terlalu lambat untuk saya membuat ucapan hari lahir.
Tetapi lambat adalah lebih baik dari tiada kan kan ??
Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir saya bersama gadis-gadis dan jejaka-jejaka BACARZ,
maka rugilah bagi saya jika gagal memberikan ucapan hari lahir untuk mereka semua melalui blog Ojo Lali Mampir ini. Kenapa saya rasa rugi? Kerana....

Trivia :
PISMP Matematik 06-11 merupakan kelas saya yang paling lama
kerana saya bersama-sama dengan kelas ini selama 5 tahun setengah (5.5) !
Berbanding dengan hanya 3 tahun di sekolah tadika,
5 tahun di sekolah rendah
dan 5 tahun di sekolah menengah.
Oleh itu, sudah tentulah terlalu banyak kenangan
yang telah saya lalui bersama-sama mereka.
-Trivia Tamat-


UCAPAN 4:

Ucapan Selamat Hari Lahir ditujukan khas buat Malek Husaini Abdillah.
Merupakan seorang warga tertua dalam kelas.
Lahir pada 12 Februari 1989.

Beliau yang saya kenal adalah seorang pemimpin yang baik dan bakal menjadi penceramah bebas yang disegani.
Pernah mengajar saya cara menulis surat layang dan juga sentiasa tenang dalam apa jua situasi.
Pandai menyembunyikan kekecewaan dan kesedihan.
Juga seorang yang bersifat matang melebihi usianya.

























Senyuman manis penuh rahsia,
Suka membaca itu hobinya,
Berambut tiada trademark katanya,
Tak lain tak bukan bendahari kabin tiga.


UCAPAN 5:

Selamat Ulang Tahun kelahiran kepada gadis Simpang Renggam, Lizah Binti Rahmat.
Beliau lahir pada 15 Februari 1988.

Seorang yang jarang mempamerkan perasaan, mempunyai hati yang sangat waja,
jarang menangis, lantang bersuara menyampaikan hujah (bagai tertelan mikrofon), dan
sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan segala macam hal.

Beliau juga rajin membantu saya danpernah memberikan saya kuih telinga yang sangat sedap!

Beliau yang saya kenali juga sangat "cetor" dan sentiasa menjaga hati orang di sekelilingnya.
Doa saya, agar beliau berjumpa dengan lelaki yang diidamkan dan menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu bapanya. Amin.





















Bermata dua, empat pun ada,
Menceriakan suasana di kabin tiga;
Berkulit cerah tak sangka dia Jawa,
Adab dan sopan sentiasa terjaga.





UCAPAN 6:


Nama sahabat saya di bawah ini adalah Dzulfadli Abdul Razak.
Beliau lahir pada tanggal 8 Mac 1988.
Dikhabarkan bahawa beliau kini tinggal di bandaraya parit yaani dan bakal berpindah ke bandaraya yong peng tak lama lagi.

Beliau yang saya kenali adalah seorang yang sangat komited terhadap bahasa ibundanya.
Pernah membuat tutorial secara online kepada saya mengenai maksud "nongkrong", "negkreng", "nungkrung". Tapi skrg sy dah konfius semula..isk..

Ucapan saya, semoga beliau berjaya di dunia dan di akhirat.
Kekal bahagia dengan miss Yong Peng sehingga ke tahap infiniti.
Dan menjadi anak yang soleh kepada Imam Rajak dan Puan Rashidah. Amin.


























Berwajah cina rupanya orang jawa,
Takutkan lipas bukanlah dia;
Rajin bekerja mengumpul harta,
Itulah dia Apad namanya.



Akhir kata..
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAWAN-KAWAN!!!
Semoga pertambahan usia akan beranjak seiring dengan amal ibadah kalian.

3 ulasan:

malekabdillah berkata...

pantun apad tu best bak. haha.

Nurul Hidayah Isnin berkata...

pantun apad byk implisit..
mesti baca 2,3 kali baru faham..
pantun ko?

malekabdillah berkata...

pantun aku pun menarik. itu la, aku kena baca 2,3 kali yang apad punya tu baru paham maksud tersirat dia. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka