Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 13 Mac 2011

Inang-Inang

Kalau dalam Bahasa Melayu,
rama-rama disebut sebagai rerama,
kuda-kuda boleh menjadi kekuda,
layang-layang pula dipanggil lelayang,
kalau inang-inang??

Mungkinkah reinang?
tak pun renang?
ataukah rengenang?
rerinang pun ok juga.

Salah! Semua salah..
Nama lain bagi inang-inanag adalah..
"RENGGINANG"

Hari ni saya mahu kongsikan satu resepi turun temurun orang Jawa Batu Pahat.
Tapi yang jadi rahsianya adalah, saya pun belum cuba buat lagi kuih ni.
Saya post dulu sebab takut resepi mahal ni hilang.


Bahan Kuih Rengginang:
  1. Pulut - 1kg
  2. Garam - 1/2 sudu
  3. Pewarna
  4. Pencetak

Cara Membuat Rengginang:
  1. Rendam pulut semalaman (9 mlm- 8 pg). Masukkan bersama garam.
  2. Toskan pulut tersebut.
  3. Alat pengukus dialas dengan daun pisang. Pulut dikukus 30 minit.
  4. Untuk mewarnakan pulut gaulkan pulut dengan pewarna sebelum ia dikukus.
  5. Masukkan pulut longgar-longgar ke dalam pencetak dan pencetak diangkat.
  6. Pulut yang telah dicetak di jemur di bawah matahari.
  7. Sesudah pulut menjadi kering, ia bolehlah digoreng.
  8. Pulut akan mengembang apabila digoreng.

















Orang yang bagi resepi adalah mak cik saudara saya,
dari parit baring, batu pahat iaitu supiyat muriyat.

Akhir kata, selamat mencuba!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh...kuih nie namanye inang2 ea...hehe ^__^

Nurul Hidayah Isnin berkata...

a'ah..inang2.
aik..kamu org batu pahat kn???
slalu panggil apa nama kuih ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka