Satu program bawah tanah telah dianjurkan iaitu program 'Homade Chocolate'.
Program ini telah diadakan pada 24 Februari 2011 jam 9.30 malam.
Seramai 3 orang peserta telah terlibat dalam program ini.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1) Compound Coklat (1 kg). (i kg = RM15.50)

2) Kertas aluminium pembalut coklat. (100 pcs =RM6.50)

3) Sarang coklat beraneka bentuk. (1 sarang =RM2.90)

Cara-cara penyediaan :
1) kacang badam, kacang gajus, atau apa jua jenis kacang dibakar dan dihancurkan. Kalau ketuhar tidak ada di rumah, kacang tersebut juga boleh disangankan.
*Nota kaki : sangan = goreng secara kering di dalam kuali.

2) Cairkan coklat menggunakan kaedah rebus berganda (double boiler).

3) Gaulkan coklat bersama badam sekadarnya dan masukkan adunan ke dalam sarang coklat. Simpan di dalam peti sejuk untuk dibekukan.

4) Setelah beku, coklat dikeluarkan dari sarang. Sarang coklat boleh diguna semula atau dibasuh. Basuh dengan menggunakan air panas adalah lebih efektif.

5) Balut coklat yang sudah beku tadi dengan menggunakan kertas aluminium dengan penuh kesabaran dan kesungguhan supaya bentuk coklat nampak cantik dilihat dari luar.


6) Coklat yang sudah dibalut bolehlah disimpan dalam bekas-bekas yang comel untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang tersayang, dijual atau dimakan sendiri.


Tamat. Untuk tempahan, sila hubungi...saya dan Puan Nor~ =)
4 ulasan:
kak dayah, berapa satu?
aziemah, nak ke? harga boleh runding..
=)
harga die canne kak dayah? PM fb aziemah pls sis :)
mana nk dpt brg2 buat coklat tu semua
Catat Ulasan