Okeh, kita sambung lagi dengan Siri kedua 4J (Jom Jelajah Jalan Johor)
Lokasi yang seterusnya adalah...
Lokasi 4 : Air Terjun Kota Tinggi (Kota Tinggi Waterfall Resort)
Dulu masa umur saya 4 tahun, masuk tempat ni cuma bayar 50 sen aje..
Sekarang bila umur saya dah 22 tahun..satu kepala mesti bayar RM7.50..
Tapi tak mengapa kerana ianya berbaloi..baloi~
Kat mana-mana tempat pun memang ada bahayanya.
Satu je nasihat saya, kalau dah terang lagi bersuluh dia cakap kawasan itu bahaya, maka janganlah sekali-kali nak terjah juga. Ha..ingat tu..
LOKASI 5 : Marina Bay, Puteri Harbour, Nusajaya, Johor
Lokasi ini adalah tempat para pelayar meletakkan kapal mereka.
Salah satu lokasi yang sedang membangun.
Sejauh lebih kurang 30 km dari Johor Bahru.
Masuk percuma.
Saya baru je 2 kali pernah datang sini.
Tapi tempat ni memang awesome!
P/s : Nak ke mana lagi ya lepas ni.. Hurmm....sedang berfikir..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan