Bersama lagi dengan saya dalam rancangan.. Tuk-Tuk..(Bukan teksi kat Kemboja ya)
Tapi Tuk-Tuk, Getuk Ubi.
Hari ni saya akan kongsikan resepi turun temurun dari emak. Bak kata orang-orang tua, ilmu yang baik ni eloklah dikongsi. Manalah tau kot-kot manfaatnya boleh mendatangkan pahala berterusan kepada yang menyampaikan. =)
BAHAN-BAHAN :
- Ubi kayu (BUKAN ubi kentang, ubi keledek, atau kartunis ubi)
- Setengah sudu garam.
- Kelapa parut (sebiji kelapa)
- 6 sudu gula
- Tepung gandum
- Pewarna kuning
Satu =
Godok ubi / rebus ubi yang telah dikupas dan dipotong kecil di dalam periuk.
Masukkan setengah sudu penuh garam.
Dua =
Ubi yang sudah siap direbus dibuang air rebusan dan ditumbuk.
Masukkan kelapa dan gula.
Gaul hingga sebati.
*Gambar ni nampak blur kerana penulis sengaja ingin menunjukkan sifat authenticnya iaitu dengan membiarkan lens kamera nampak berwap akibat kepanasan ubi yang baru direbus.
Tiga =
Bancuh tepung : Tepung 3 senduk + sedikit garam + air + pewarna kuning
Adunan dibulat-bulatkan.
Dicelup tepung dan digoreng seperti biasa.
Empat =
Kuih getuk ubi siap digoreng dan sedia untuk dimakan.
Nota kaki :
- Jangan menggoreng getuk ubi terlalu banyak dalam setiap gorengan supaya getuk ubi dapat mengembang dan masak dengan baik.
- Jangan biarkan adunan terendam lama di dalam salutan tepung kerana ini akan mengurangkan rasa getuk ubi.
- Ubi mestilah dari jenis yang baik dan tidak pahit.
- Ubi kayu yang dijual di Simpang utama Felda Nitar 1 adalah ubi yang terbaik dalam daerah Mersing setakat ini.
8 ulasan:
deqyah!! nnt buatkan aku ea :)
sila pos ke rumah saya ye tuan.
sangat suka makan getuk ubi ini:)
ok mak yah..!! sila bawa ubi kayu sendiri dari pontian ya..nnti sy uruskan..gaga!
blog-tips-kurus:
saya juga suka makan!
tapi hati2..ubi ni byk angin bg yg tak tahan.
nk juga pos..tp x tahu alamat..hee..
sgt suka getuk ubi!!!!!
mknn ruji waktu PBS nih
thanks k dayah ^^
org endau......suka2 kita pun org endau
mira :
sy juga suka getuk ubi. sgt suka!
boleh la buat sendiri nnti ya..
resepi dan manual sume dah ada..
kak matahari :
hai org endau! orang endau duk mana?
kg semaloi....awk ,endau kt mna
Catat Ulasan