Pada hari Jumaat yang lepas,
aku dan rakan-rakan telah pergi ke sebuah pasaraya yang terpencil.
Lokasinya di tepi pantai dan bersambung terus dengan hotel terkemuka di sana.
Tak perlulah aku memberitahu nama pasaraya tersebut.
Bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, cuma aku mahu manusia berfikir tentang ini.
Aku telah melewati sebuah kedai kecil (bersaiz separuh drpd kedai biasa) di sana.
Di dalamnya ada lah terjual pelbagai produk seperti Tequila, Brandy, Wiski, Vodka, Wain, dan Bir.
Aku tidak lagi terkejut dengan yang ini. Maklumlah, 1 Malaysia.
Semua benda boleh wujud di Malaysia. Hurmm..
Tiba-tiba, aku lihat ada seorang akak
(perempuan, bertudung, dan aku yakin agamanya Islam)
telah menjadi penjaga serta cashier di kedai itu.
Nah! Ini yang aku terkejut.
Kenapa terlalu kurang sensitiviti beliau terhadap Islam.
Tidak pernahkah dia tahu mengenai info seperti ini?
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, dan sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya
(2) yang minta diperaskannya
(3) yang meminumnya
(4) yang membawanya
(5) yang minta dihantarinya
(6) yang menuangkannya
(7) yang menjualnya
(8) yang makan harganya
(9) yang membelinya
(10) yang minta dibelikannya.
- (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Hal ini amat ketara dan menyedihkan kerana kedai itu hanya menjual minuman-minuman yang memabukkan dan tidak ada barang-barang lain selain dari minuman itu sahaja.
Sedangkan yang menjadi jurujualnya adalah orang berbangsa MELAYU dan ISLAM!
KENAPA???
Aku faham, ini tak lain dan tak bukan adalah strategi pemasaran mereka yang banyak helah dan tipu dayanya yang tersendiri. Dan mungkin juga untuk menjatuhkan bangsa majoriti di negara ini.
Aku x nak salahkan sesiapa dengan situasi ini.
Tapi aku berdoa agar akak yang diceritakan tadi akan sedar dan lebih sensitif terhadap syariat ISlam.
Dan mula mencari sumber rezeki yang lebih terjamin di sisi Allah.
Semoga beliau akan berjumpa dengan pekerjaan yang lebih baik dan mulia.
Amin..
Kepada yang di luar sana, carilah kerja yang halal.
Bukan banyak atau sedikit gaji yang jadi keutamaan.
Sebaliknya keberkatan yang jadi pilihan.
GAJI yang SEDIKIT akan terasa banyak bila ianya BERKAT.
Sentiasa akan rasa cukup dengan apa yang ada.
Begitu juga yang sebaliknya.
Kesimpulannya, bersamalah mencari pekerjaan yang diredhai Allah..
Masing-masing punya rezeki yang tersendiri..
Berusaha dan berdoalah semoga beroleh pekerjaan yang baik2..
InsyALLAH..
2 ulasan:
huhu..betul2..sgt terkejut! kita doakan akak tu diberi petunjuk eh..huhu..amin..
amin......
dunia skrg smuanya x mustahil.. adoi
Catat Ulasan