gmbr diambil daripada www.maxclip.co.cc/Namaz/
- Menyapu kepala sehingga sampai ke muka selepas memberi salam yang kedua.
 - Menghadapkan muka ke arah makmum sama ada ke kanan atau ke kiri.
 - Berterusan berada di tempat solat.
 - Memuji Allah S.W.T dan beristighfar selepas selesai solat (beristighfar sebanyak 3 kali).
 - Membaca zikir tersebut sebanyak 10 kali. Terjemahan : Ya Allah ya tuhan kami, Engkaulah empunya kesejahteraan dan daripadaMU jugalah kesejahteraan dan Engkaulah yang mempunyai keberkatan, wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.
 - Berdoa memohon perlindungan dengan Allah daripada azab api neraka sekurang-kurangnya 3 kali dan sebanyak-banyaknya 7 kali. Terjemahan doa : Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka.
 - Membaca surah AL-Fatihah, ayat kursi, 2 ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah (ayat 285 dan 286) dan 2 ayat daripada surah Al-Imran (ayat 18 dan 28).
 - Membaca surah-surah al-Mu'awwizat iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
 - Bertasbih (33x), bertahmid (33x), bertakbir (33x).
 - Berselawat ke atas nabi.
 - Berdoa kepada Allah S.W.T memohon kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
 

Sumber : Al-Bayan Bil. 4/ Nov 2008 (Diterbitkan oleh Sekretariat Isu-Isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor

Tiada ulasan:
Catat Ulasan