Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 31 Disember 2011

Kuih Kasturi Kesukaan Ayah Kita

Bahan-Bahan:
  1. Kacang Hijau (1.5 pot)
  2. Garam
  3. Gula
  4. Kelapa parut (1 biji)
  5. Tepung gandum
  6. Tepung beras


Cara-Cara:

  1. Rendam 1.5 pot kacang hijau semalaman dengan air paip / rendam kacang hijau dengan air panas di sebelah pagi.
  2. Bilas dan buang benda asing dalam himpunan kacang hijau.
  3. Rebus kacang hijau dengan sedikit air dan setengah sudu garam hingga kembang.
  4. Tos, tumbuk dan hancurkan kacang hijau.
  5. Gaulkan dengan 3 genggam kelapa parut + 4 sudu gula + 3 sudu tepung gandum.
  6. Gumpalkan adunan kecil-kecil dan leper. (lihat gambar 2)
  7. Sediakan bancuhan tepung sebagai salutan (tepung gandum + tepung beras + sepucuk garam). Awas : bancuhan mesti dibuat dengan likat supaya kacang tidak bocor semasa menggoreng.
  8. Celupkan doh kasturi ke dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api yang kecil supaya ia tidak saling melekat.
  9. Dihidang dan dimakan untuk minum petang.
Gambar 1 : kacang hijau+gula+kelapa parut+tepung gandum

Gambar 2: Adunan kacang hijau yang sudah dibentuk


Gambar 3: Kuih kasturi yang sudah siap digoreng.


Sekian, Jemput makan!

Himpunan Cuti Tahun 2012


Tak sampai dalam kurang daripada 12 jam lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya.
Disusuli pula oleh tahun 2012 yang bakal membawa kepada banyak perubahan kepada kita semua, pastinya.

Sekadar perkongsian mengenai tarikh cuti-cuti umum di Malaysia khususnya di negeri Johor sebab saya orang Johor. Orang negeri lain jangan marah ya. =)


23-24 Januari : Tahun Baru Cina

5 Februari : Maulidurasul

7 Februari : Thaipusam

10-18 Mac : Cuti Sekolah Penggal 1, 2012

1 Mei : Hari Buruh

5 Mei : Hari Wesak

13 Mei : Hari Ibu

26 Mei - 10 Jun : Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012

1 Jun : Hari Gawai

17 Jun : Hari Bapa & Israk dan Mikraj

21 Julai : Awal Ramadhan

6 Ogos : Nuzul Al-Quran

18-26 Ogos : Cuti Sekolah Penggal 2, 2012

19 Ogos : Hari Raya Aidilfitri

31 Ogos : Hari Kebangsaan

16 September : Hari Malaysia

26 Oktober : Hari Raya Haji

10 November : Cuti Sekolah Akhir Tahun bermula

13 November : Deepavali

15 November : Awal Muharam

22 November : Hari Keputeraan Sultan Johor

20 Disember : Hol Almarhum Sultan Iskandar



Tujuan saya menyenaraikan himpunan cuti tahun 2012 ini bukanlah bermaksud bahawa resolusi kita semua pada tahun depan adalah untuk 'bercuti sepuas-puasnya'.

Tujuan saya adalah, supaya kita sama-sama dapat merancang tugas dan pekerjaan kita dengan sebaik mungkin agar kita dapat melalui cuti yang maksimum tanpa bebanan tugas yang tidak dirancang dan dilaksana dengan baik. Faham kan maksud saya?

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian pada hari ini.
Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan...

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tetapkan azam dan resolusi tahun baru agar kita lebih bersemangat menempuh tahun 2012 yang menjanjikan perkara-perkara yang lebih mencabar.


P/s: Azam saya pada tahun 2012? Hmm..banyak. Antara azam dan angan-angan, hanya saya yang dapat menentukannya. (^_^) Semoga ia dapat dicapai satu persatu. InsyAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka