Anda pengunjung blog ke :

Sabtu, 17 Mac 2012

Hari Graduasiku

1995


Lokasi : Tadika Kemas, Jalan Rajawali, Endau
Tahun Pengajian : 1994-1995
Status : Pesakit beguk yang nyaris tidak mahu ke tadika gara-gara demam yang teruk.


2003


Lokasi : MRSM Mersing, Johor
Tahun Pengajian : 2001-2003
Status : Tamat tingkatan 3 dan hanya menunggu masa untuk sama ada dibuang dari MRSM, kekal belajar di MRSM, ataupun di tempatkan di MRSM Bitara.
Sijil disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Mersing.


2005


Lokasi : MRSM Mersing, Johor
Tahun Pengajian : 2004-2005
Status : Masih berezeki untuk meneruskan pengajian di MRSM Mersing hingga tamat tingkatan lima.
Sijil disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Mersing.


2012

Lokasi : PICC, Putrajaya
Tahun Pengajian : 2006-2011
Status : Selesai menamatkan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 5 tahun setengah di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.
Sijil disampaikan oleh Ir. Dato' Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Terima kasih Dato'.



Graduasi bukanlah segalanya dan bukanlah penamatnya...
Ia hanya sekadar sebuah simbolik atas usaha gigih yang telah dilalui selama tempoh pengajian.
Apa yang lebih penting adalah, sejauh mana ilmu itu diamalkan dan seluas mana ilmu itu disampaikan dan dicurahkan kepada masyarakat.

Semuanya bergantung kepada pilihan kita.
Sama ada menyimpan segala ilmu itu dengan berdiam diri sahaja, mengamalkan ilmu yang diterima, mahupun mencurahkan segala ilmu di dada ke arah pembinaan masyarakat setempat.
Sungguh, segalanya hanya ada di tangan anda.

Ingat, ilmu tanpa amal adalah sesuatu yang sia-sia.
Akhir kata, selamat bergraduasi kepada sesiapa sahaja sama ada di peringkat sekolah tadika sehinggalah ke peringkat yang tertinggi.
Tahniah kerana telah berjaya mencapai kejayaan sehingga ke tahap masing-masing. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka