Arahan : Sila baca situasi di bawah dan jawab semua soalan di dalam hati.
Soalan 1 :
Hujan lebat turun secara mendadak.
Enjin kereta menjadi sejuk.
Enjin kereta pula dari jenis karburetor
dan bukan jenis injection (kereta baru pakai yang ini)
Apa perlu kita buat?
Soalan 2:
Sedang memandu.
Hujan turun lebat, dan tiba-tiba banjir kilat.
Apa perlu kita buat?
Soalan 3 :
Enjin kereta mati di tengah simpang kawasan lampu isyarat.
Dan kereta kita terletak paling hadapan.
Apa kita perlu buat?
Soalan 4:
Ingin pulang ke kampung.
Tiba-tiba temperature kereta mencecah tanda merah.
Boot depan kereta pula berasap tebal.
Apa kita perlu buat?
Soalan 5:
Kita sedang memandu.
Tiba-tiba kita nampak ada orang yang mengalami situasi kerosakan kereta.
Orang itu pula nampak betul-betul dalam kesusahan.
Apa perlu kita buat?
Soalan 6:
Kita telah dibantu ketika mengalami situasi yang cemas.
Orang-orang yang membantu juga sangat ikhlas.
Apa perlu kita buat?
Soalan 7:
Memandu untuk ke destinasi yang jauh.
Melalui jalan yang berlubang teruk.
Stereng kereta menjadi gila.
Tayar kereta mudah mengempar ke kiri.
Apa perlu kita buat?
Soalan 8:
Menukar kereta ke lorong kanan dengan penuh berhati-hati.
Tiba-tiba dirempuh oleh kereta laju dari belakang.
Apa perlu anda buat.
Semua jawapan di atas adalah bersifat subjektif.
Ada yang menjawabnya dalam bentuk positif
Dan ada juga yang menjawab dalam bentuk negatif.
Dan bagi saya, pengalaman sehingga ke hari ini sudah cukup untuk menjawab semua soalan
"apa perlu kita buat??"
Syukurlah, semua pengalaman tersebut lebih mendewasakan saya.
Lebih mengajar saya erti menjadi tenang dan sabar.
Saya tidak sempurna, dan tak cuba ingin jadi sempurna.
Apa yang saya buat adalah kerana saya ingin terus hidup
demi orang-orang yang menyayangi saya.
Kerana saya wajib menyayangi mereka kembali.
Lepas ini mungkin lagi seronok kalau saya dapat bawa kenderaan di bawah untuk ke sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan