Anda pengunjung blog ke :

Isnin, 31 Januari 2011

Tekanan Darah Rendah

ENDAU 31 Januari - Penduduk Kampung Londang Batu pada hari ini telah dikejutkan dengan kisah penurunan tekanan darah yang melanda Haji Isnin Bin Baderun. Ini telah menjadi isu tergempar khususnya bagi penduduk di rumah ke 16 kampung itu kerana sebelum ini beliau sangat terkenal dengan penyakit tekanan darah tinggi. Kata salah seorang penduduk, Abdul Rahim Isnin, "Dulu ayah saya ada sakit darah tinggi je, malah pernah sampai kena strok dan koma dua kali. Tapi sekarang tiba-tiba ada tekanan darah rendah pula. Saya pun hairan dan risau." Beliau yang selalunya mempunyai tekanan darah yang normal iaitu sekitar 120/70 mmHg kini mempunyai tekanan darah 106/76mmHg. -Bernama-



Rentetan daripada berita tersebut, saya rasa terpanggil untuk mengkaji mengenai isu penyakit tekanan darah rendah yang kelihatannya lebih berbahaya berbanding penyakit tekanan darah tinggi.

Simptom-simptom Awal
  1. Pesakit merasa pitam lalu jatuh.
  2. Pesakit akan pengsan/ pitam.
  3. Sakit kepala
  4. Kepala rasa melayang
  5. Penglihatan kabur
  6. Kurang fokus
  7. Loya atau perut merasa tidak selesa
  8. Lemah lemah / lesu
  9. Denyutan nadi lemah
  10. Rasa sejuk
  11. Pernafasan tersekat-sekat
  12. Kulit lembap.


















Punca-Punca Tekanan Darah Rendah

  1. Mengandung - menjadi normal setelah melahirkan anak
  2. Masalah jantung- denyutan rendah, masalah injap, kegagalan jantung.
  3. Masalah endokrin - kurang atau terlebih hormon, gula dalam darah terlalu rendah, diabetes
  4. Dehidrasi - kehilangan air yang banyak akibat kencing, muntah, dll
  5. Kehilangan darah
  6. Jangkitan yang teruk - kecederaan parah, luka dalaman
  7. Tindak balas alahan yang teruk.
  8. Kurang zat dalam badan - Vitamin B12 dan asid folik
  9. Mengambil ubat-ubatan yang boleh merendahkan tekanan darah - ubat darah tinggi, penenang, parkinson.
Cara-Cara Mengatasi
  1. Makan lebih garam dalam diet. Patut-patut jgn lebih2 sangat.
  2. Minum lebih banyak air -tambah isipadu darah
  3. Bersenam - galakkan pengaliran darah
  4. Posisi badan bangun dari tidur - tarik nafas, duduk perlahan-lahan, bangun perlahan , ketika tidur kepala perlu tinggi sedikit drpd badan
  5. Memakai stokin kaki - darah kurang terkumpul di kaki
  6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti roti, kentang, dan nasi.
  7. Jangan terlalu berdiri lama di bawah sinaran matahari.
* Tiada ubatan yang spesifik untuk merawati penyakit ini. Jika anda atau ahli keluarga anda memilki simptom-simptom sebegini, pastikan punca dan cara mengatasai masalah dengan pantas atau hentikan jenis ubatan yang boleh menjadi punca tekanan darah rendah.

Jika anda bukan doktor dalam masyarakat, setidaknya jadilah doktor dalam keluarga.
Akhir kata, sayangi keluarga..utamakan kesihatan. Sekian. =)

4 ulasan:

TunTeja berkata...

thanks for sharing deqyah
*suke ayat yg last tu...suweeettt :)

Tanpa Nama berkata...

full of new informations...
izz dlu pn prnah kne tekanan darah rendah...tetibe pengsan mse kat tmpat shopping~~~
kne jga kesihatan baik2 ye....hoho O.o

Nurul Hidayah Isnin berkata...

teja : welcome..slmt menajdi doktor. tapi hrp2nya xde yg dpt sakit mcm ni.. =)

Nurul Hidayah Isnin berkata...

betul 2 izz..jg kesihatan ya.
sbb tknan drh rendah lagi bhy..
boleh bawa maut. bole la guna info2 kt ats.=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka