Anda pengunjung blog ke :

Selasa, 7 September 2010

Bergedil Ayam 28 Ramadhan

Setelah 28 hari berpuasa, akhirnya kami semua sudah kehabisan idea untuk memilih juadah yang menyelerakan untuk bersahur.
Tiba-tiba, daku terlihat sebuah resepi bergedil di sebuah majalah yang mana caranya mudah dan menarik untuk disediakan..

Taaaraaa!! Maka, siaplah bergedil untuk sahur 28 Ramadhan 1431 H.



Bahan-bahan:

1) 10 biji Kentang
2) Separuh Ayam (bahagian dada-dikisar)
3) 2 biji Bawang besar (dipotong dadu)
4) 7 helai Daun sup (diracik halus)
5) 3 biji Telur kuning
6) Garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Kentang dipotong (digaul dgn sedikit garam), digoreng, dan dilenyek.
2) Gaulkan kentang lenyek, sedikit garam, ayam kisar, bawang besar, dan daun sup serta dikepal menjadi bujur.
3) Celupkan adunan tersebut dalam kuning telur.
4) Bergedil digoreng menggunakan api yang kecil untuk pembakaran yg lengkap.

* Untuk lebih rasa, tambahkan lada sulah ke dalam adunan.

Selamat mencuba..~

4 ulasan:

Nurul berkata...

sedap tak sedap tak??

Nurul Hidayah Isnin berkata...

uish..sodapp!
tp ank sedara ak ckp 2 telur..ha3
jgn rebus tau kentang 2..
goreng lg bgus..

Ila Aqilah berkata...

suka!!! yg ni qla suka!
hehe

Nurul Hidayah Isnin berkata...

sedap kn...nyum2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka