Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGM Zon Selatan
2009/2010
Tempat : Coco Bay Condo Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh : 3-5 Julai 2009
Ok, skrg sy nk terus zoom in pada aktiviti Kembara Adat yang diadakan pada hari Sabtu, 4 Julai 2009 di Istana Seri Menanti... ZAsssssSS!!
Aktiviti ni lain daripada yang lain kerana dari sinilah kami telah mempelajari adat dan budaya orang lain iaitu adat Perpatih. Kumpulan saya telah diberi tugasan untuk mencari apa itu..
'Perbilangan Adat Perpatih'
Setelah kami puas meronda dan meninjau istana ni, akhirnya... kekecewaan yang kami jumpa..
Tidak ada sedikit pun pameran di muzium istana Seri Menanti itu yang ad kaitan dgn perbilangan adat.
Akhirnya kami memutuskan untuk menemuramah sesiapa shj yg ada kat istana 2...
Muzium Istana Seri Menanti
Pemandangan dari atas halaman Istana Seri Menanti (diambil dari bahagian hadapan tingkat paling atas Istana Seri Menanti)
Akhirnya, terjawab la semua persoalan...
Perbilangan adat perpatih ni adalah cara percakapan yang indah dan digunakan dalam komunikasi seharian pengamal adat perpatih.. Perbilangan adat perpatih ini juga sangat ditekankan dalam pengacaraan majlis terutamanya di Negeri Sembilan.
CONTOH:
Jika ada org menjemput kita utk pergi ke majlis kendurinya.. Kita akan menjawab..
" Dijomput, datang. Disuguh poie. "
Contoh Perbilangan Adat Perpatih
Dipendekkan cerita, perbilangan adat ni adalah pengucapan (bilang) sama ada dalam bentuk peribahasa, pepatah, pantun, dll..
Yang penting semuanya nampak indah, bergaya, sopan, dan penuh dgn kiasan..
1 ulasan:
siapa yg mmbenarkan tuan hamba snapshot istana beta nih???..murka nih!!!
Catat Ulasan