Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 28 Jun 2009

Marhaban Ya Rajjab

Assalamualaikum pembaca..

Sedar x sedar, hari ni dah masuk 6 Rejab 1430 Hijrah dah (dikira 6 hb sbb dah lps Maghrib) kan!! Tahu x anda, dalam bulan Rejab kita memang sangat digalakkan berpuasa.. Rasulullah s.a.w. banyak menceritakan (dgn bhs yg lebih elok : bersabda) mengenai ganjaran berpuasa di bulan Rejab. Antaranya..

  1. Puasa 1 hari = Puasa 40 tahun, diberi minum air dari syurga, seperti beribadat seumur hidup.
  2. Puasa 3 hari = Dijadikan parit yg panjang yang menghalang ke neraka (panjang : setahun perjalanan)
  3. Puasa 4 hari = Diafiatkan drpd bala dan penyakit yg besar, dan drpd fitnah dajal pada hari kiamat.
  4. Puasa 5 hari = Aman dari azab kubur.
  5. Puasa 6 hari = Keluar drpd kubur dgn muka bercahaya.
  6. Puasa 7 hari = Ditutup drpdnya 7 pntu neraka.
  7. Puasa 8 hari = Dibuka baginya 8 pintu syurga.
  8. Puasa 10 hari = Dijadikan 2 sayap yg boleh terbang sprt kilat di atas titian Sirotolmustaqim pada hari kiamat dan Allah sediakan hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  9. Puasa 15 hari = Seperti berpuasa 100, 000 tahun.
  10. Puasa 16 hari = Dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan menjadi org pertama menziarah Allah di dalam syurga.
  11. Puasa 19 hari = Akan dibinakan mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam.
  12. Puasa 20 hari = Diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Agak-agaknya lah kan...
Berapa hari kita nak tetapkan sasaran untuk berpuasa di bulan Rejab ni???
Adakah 1 hari shj? 2 hari? 3 hari? 10 hari? atau puasa sahaja tanpa kira hari??

Semua tu terpulang pada diri kita sendiri.. Sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kita..
Anggaplah ganjaran-ganjaran di atas tadi sebagai satu motivasi kpd kita untuk terus mengabdikan diri kpd Allah.

Tapi ingat !!! Berpuasa bukan kerana ganjaran, bukan kerana jimat duit, bukan juga kerana nak turunkan berat badan.

Tetapi berpuasalah kerana Allah (Lillahi taala).
InsyAllah anda akan rasa lebih berbaloi dan seterusnya diberikan pahala yang setimpal.

Akhir kata...JOM PUASA!!!


P/s : Di sedut dan digarap dari risalah PERMATA edisi 49/2009.

2 ulasan:

'Cikgu Padi' berkata...

trimas atas ingatan...semoga kita sama2 mendapat keberkatan bersempena bulan rejab, sya'ban dan ramadhan ini...amin

Nurul Hidayah Isnin berkata...

insyAllah..sama2 lah kte..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka