Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 8 Februari 2009

Belajar Bahasa Jawa- Siri 1

Ruangan ini khusus utk para pljr yg bakal menduduki peperiksaan MUJT (Malaysian Universiti Jawa Test).

Menurut Hj Isnin Bin Baderun, Bahasa Jawa boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Jawa kasar dan jawa halus.

Jawa kasar adalah bahasa pertuturan yang biasa digunakan oleh msyrkt Jawa. Ia tidak terlalu pekat @ totok. Bahasa ini dipercayai dtg dr Sumatera @ hasil campuran perkahwinan antara org Melayu dan org Jawa lalu menghasilkan jawa kasar.

Jawa halus pula berasal daripada bahagian Ponorogo, Indonesia. Bahasa ini sangat pekat dan jarang digunakan oleh generasi masyarakat jawa kini. (terutama di Batu Pahat)

Masyarakat Jawa dari Pt. Haji Ali, B.Pahat.

Penunujuk:
M - Bahasa Melayu
JK- Jawa Kasar
JH- Jawa Halus

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN PERBUALAN:

M -Saya
JK-Aku
JH-Kulo

M -Awak
JK-Kue/Mu
JH-Sampian

M -Awak apa khabar?
JK-Kue kabare opo? Kabare waras?
JH-Sampian kabarepon nopo?

M -Saya khabar baik.
JK-Aku kabare apik.
JH-Kulo, kabare lujeng.

M -Siapa nama awak?
JK-Kua jenenge sopo?
JH-Sampian namine sinten?

M -Nama saya Hidayah.
JK-Jenengku Hidayah.
JH-Kulo namine Hidayah.

M -Awak dari mana?
JK-Kue teko endi?
JH-Sampian sangkeng pundi?

M -Saya dari Endau.
JK-Aku teko Endau.
JH-Kulo sangkeng Endau.

M -Awak sudah makan?
JK-Kue wes mangan?
JH-Sampian empon neddi?

M -Saya sudah makan.
JK-Kue wes mangan / wes.
JH-Kulo empon neddi.

* Ruangan ini akan bersambung lagi. Untuk sebutan (pronounce) yang baik, sila dapatkan rakan-rakan Jawa anda untuk membantu... Selamat belajar!!!!

~ Ihsan daripada Komuniti Jawa Endau

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah..rupa2 nya, slama ni aku tahu bahasa jawa halus rupanya...owh...

Nurul Hidayah Isnin berkata...

ha3..la..ye ke slama ni ko pkai jawa halus..
ak x pnah pn pkai..
slalu jawa bese je..
ayh ak lak x nk ajar yg halus 2...

Tanpa Nama berkata...

lah...asal plak gitu? hehe...
tpi cam best jer kan org jawa ckap.
biler la aku bley dgr ko converse dlm jawa...
hurm...

Nurul Hidayah Isnin berkata...

ngeh3..ak kalo ckp dlm jawa..
buat gelak org je..
x pe la..
skunk biarla ak bljr melalui observation dlu....
praktikalnya nnti2 la..heheh

hana keiichan berkata...

owh~
bru ak taw yg korg 2 org nih org jawa rupenye~
awat x habaq awai2..

Mr Zakwan Johan berkata...

aku suke tengok barongan...
tapi xreti cakap jawa...
aku pun selalu pegi semayang jumaat naik kude kepang...dengan apad...
apad depan aku belakang...
hahaha....

Nurul Hidayah Isnin berkata...

Hak3!!
x penat ke ko naik kuda kepang 2 papa..?
lain la kalo kuda kepang 2 ko modified ltak tayar ngn enjin..hehhe...

ak tau, apad 2 mmg jaguh tengik penunggang kuda kepang..hahahah!!!

Unknown berkata...

macam salah statement je, setau say bahsa jawa halus bukan pertuturan biasa penorogo, kalau jawa kasar tu yg asalnya byk dituturkan bangsa penorogo. Penorogo datang dari daerah jawa timur, iaitu daerah tanah rendah..
Masyarakat daerah tanah tinggi pula iaitu Jawa tengah sebenarnya pengguna tegar jawa halus. Jawa tengah adalah daerah keraton, emm macam daerah diraja.. antara etnik yg dr daerah keraton adalah bangsa sunda, bogor dan bandung. Kalau pn pernah dengar bahasa sunda dituturkan memang nganga seperti saya juga. Jawa halus kromo inggil nie mcm bahasa istana lah.. sebab pertuturan daerah-daerah keraton kat sini..Ape tuh daerah keraton, dlmnya ade kota semarang, cirebon, indramayu... kat sini macam daerah diraja lah senang cakap.. so bahasa dia mcm bahasa istana/golongan bangsawan. Arwah kiyai dulu dari daerah banyu mas juga jawa tengah.. mak cakap bila arwah nyai bercakap bahasa jawa halus mcm orang bersyair bunyinya.. sebab jawa halus daerah keraton ni, perbezaan palin besar adalah cara ianya dituturkan. Jadi bila dia marah pun, tak akan terdengar nada tinggi. memang seronok bila didengarkan. Saya cadangkan cari video klip senario sang buana.. kat situ ade contoh pertuturannya... kulonuwon..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

midhanget siro ngendika bahasa Jawi bikin dalem kegujeng kemawon.. kresa siro gegulang bahasa Jawi krama injil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka