- Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
 - Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir).
 - Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
 - Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan).
 - Jika dia sakit, maka ziarahilah.
 - Jika dia mati, maka iringilah.
 
Melalui keenam-enam hak seorang Islam ini, maka jelaslah bahawa memberi salam dan menjawab salam adalah hak kita sebagai orang Islam.
Dalam agama-agama lain juga ada cara tersendiri untuk cara memberi salam.
Bergembiralah kerana kita juga ada cara yang tersendiri untuk meberi salam.
Iaitu Assalamualaikum : Selamat sejahtera ke atas kamu.

Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:
- Ketika berjumpa muslim.
 - Ketika beredar daripada orang ramai.
 - Ketika pulang ke rumah.
 - Ketika masuk ke rumah yang kosong.
 - Ketika masuk ke dalam masjid atau surau yang kosong.
 
Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:
- Berada dalam tandas.
 - Sedang makan atau berperang.
 - Sedang membaca Al-Quran.
 - Sedang berzikir kepada Allah.
 - Sedang membaca hadis nabi.
 - Menjadi katib atau sedang memberi peringatan (mengajar).
 - Sedang belajar sebarang ilmu.
 - Sedang meminta-minta hajat.
 - Sedang berseronok dengan ahli keluraga.
 
Cara Memberi Salam :
- Beri salam dengan cara terbaik. (Hipotesis : Semakin panjang dan penuh salam kita, semakin besar pahala kita.)
 - Beri salam kepada yang lebih tua.
 - Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
 - Yang berjalan beri salam kepada yang duduk.
 - Kumpulan yang sedikit beri salam kepada yang banyak.
 - Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal atau tidak kenal)
 - Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yang beri salam itulah yang paling baik.
 
Dilarang:
- Memberi salam menggunakan isyarat sahaja. Kerana ia menyerupai gaya yahudi dan nasrani. Kecuali jika terdapat keuzuran : jarak yang jauh.
 
Memberi Salam dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :
- Gunakan perkataan "salam" atau "assalam"
 - Rujuk surah Hud : 69
 
Bersamalah kita membudayakan memberi salam.
Untuk memulakannya memang tidak mudah.
Bermulalah dengan sedikit demi sedikit.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam setiap perbuatan. InsyAllah.
Sumber : Program Budaya Al-Quran IPG KTI, Johor Bahru (Jumaat, 1 Julai 2011)

2 ulasan:
mate: ASSALAMUALAIKUM:)
kalau salam yang ni pahala dia dapat separuh.. Wa'alaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh... =)
Catat Ulasan