
Al-Ma'thurat adalah satu set wirid yang dicetuskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna, berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi.
Ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka ia perlulah diperbaharui selepas waktu asar.
Memperuntukkan masa selama 5 minit selepas solat sudah memadai untuk bacaan Al-Ma'thurat. Ianya tidak memakan masa yang lama.
Antara kelebihan Al-Ma'thurat adalah :
- Hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.
 - membersihkan diri dari nafsu
 - Tidak dihampiri syaitan.
 - Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
 - Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
 - Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
 - Selamat dari segala sesuatu.
 - Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
 - Allah berhak untuk meredhainya.
 - Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya.
 - Terhindar daripada syirik
 - Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
 - Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
 - Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
 - Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
 - Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu  pagi.
 - Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa.
 
SUMBER DI SINI
4 ulasan:
Teringat masa sekolah dulu, tergeliat lidah nak membaca sambil mengejar bro2 yang memimpin bacaan.
Rasa nak menangis apesal dorang laju sgt! Tapi sekarang boleh fahamlah kenapa dorang baca laju. :)
a'ah..tau xpe..rasa mcm hebat sangat..
kita baca pun terkial2..
tp kalo selalu amalkan insyAllah bole fluence mcm diorg gak.
thanx dekyah =)
lagi information yang sangat bagus
sama-sama qilah..
amal tanpa ilmu juga adalah sia2..
krn itulah perlu tahu kenapa kita beramal dengannya.. =)
Catat Ulasan