Anda pengunjung blog ke :

Ahad, 21 Februari 2010

Kembara Adat II


Post kali ini merupakan pengalaman penulis sendiri ketika menghadiri Majlis Persandingan dua pasangan mempelai di Sg. Lenik, Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat, Johor Darul Ta'zim. Apa yang menariknya, majlis tersebut telah diserikan lagi dengan persembahan Barongan dan Kuda Kepang yang dibawakan khas dari Parit Bingan, Batu Pahat, Johor.

KUDA KEPANG dan BARONGAN

Mempelai disambut dengan tarian kuda kepang.

4 orang gadis Parit Bingan sebagai penari Kuda Kepang

Pemain alatan muzik tarian kuda kepang.
Terdapat 5 jenis alat yang berbeza.
Terdapat seorang tukang karut (duduk di belakang)

Aksi penari barongan

Penari barongan dan penari kuda kepang bergabung


Pari-pari barongan datang

Topeng yang dipakai tersebut sangat berat dan perlu dibetulkan selalu.
Ia juga diliputi penuh oleh bulu burung merak yang asli.


Video pemain alat muzik Kuda Kepang

Video penari barongan dan pari-pari barongan

Lain-lain:
  • Pertama kali penulis menonton secara live persembahan kuda kepang dan barongan.
  • Bayaran persembahan adalah sebanyak RM600
  • Pasukan Kuda Kepang Parit Bingan

Untuk mendapat lebih maklumat kuda kepang dan barongan :

Jumaat, 19 Februari 2010

----JL----

JL (Jelajah Ladang)

Siri Jelajah Ladang (JL) pada kali ini membawakan kepada anda expedisi kami (krew Keluarga Isnin) ke Ladang Sg. Kemelai iaitu merupakan salah satu ladang di bawah naungan Yayasan Pahang Plantation.

Perjalanan kami ke sana telah memakan masa selama 45 minit dengan kelajuan 40km/j menaiki kenderaan 4x4 berikutan faktor keadaan jalan yang hanya bertanah merah.

Ikuti laporan jelajah kami yang selanjutnya..

Sawah padi menguning yang melambai-lambai seolah mengalukan kedatangan kami ke sana.

Pintu post kawalan ladang

Mula memasuki ladang


Sekitar panorama di dalam ladang

Ladang ini juga bersempadan dengan hutan simpan Endau-Rompin

(permandangan ladang berlatar belakangkan salah sebuah gunung di hutan simpan Endau-Rompin)

Kawasan perumahan pekerja buruh ladang

Generator yang menjadi nadi utama bekalan elektrik untuk kawasan perumahan kakitangan ladang.

Pejabat Ladang Sg. Kemelai

Kawasan perumahan pegawai pengurusan ladang


Apakah perbezaan di antara kedua-dua gambar dia atas?

Gambar A : Batang pokok sawit tegak dan kukuh.
Gambar B : Batang pokok sawit bengkok dan beralun.

Punca : Pokok A ditanam di kawasan tanah keras manakala pokok B ditanam di kawasan tanah gambut. Perbezaan jenis tanah ini yang menentukan cara pertumbuhan sesebuah pokok disamping kawalan baja dan sistem pengairannya.

______________________________________________


Satu pengalaman yang berharga dan krew kami sangat kagum dengan binaan kawasan perumahan yang sistematik di tengah-tengah kawasan ladang di samping sistem bekalan air bawah tanah dan bekalan elektrik menggunakan generator yang konsisten.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat :

Encik Muhammad Yani Bin Yatim (pegawai ladang Sg. Kemelai)
Puan Rahmah Binti Isnin (isteri pegawai)

Puan Nurakilah Isnin (krew 1)
Cik Nurul Hidayah Isnin (krew 2)
Ibrahim dan Qasim (juruteknik)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka